SEMAKIN HAMPIR

Pertandingan Pidato & Forum Kemerdekaan Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni 2008 semakin hampir. Jika dibilang hari, tinggal tidak kurang lima hari sahaja lagi sebelum pertandingan akan dijalankan.

Buat masa ini semua jawatankuasa sibuk untuk menyelesaikan tugas-tugas terakhir mereka agar perjalanan program akan dapat berjalan dengan lancar.

Pada malam ini, saat dan ketika ini, Jawatankuasa Penyelaras Program (Saudara Najmie dan Saudara Effendy) sedang mengadakan ‘mock’ bagi pertandingan Pidato dan Forum tersebut. Tujuan ‘mock’ ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pidato dan forum ini.

Dengan ini diharapkan pertandingan yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Orator UMP ini dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaALLAH.

1 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam Orator...lama tak bertandang ke sini, melihat perkembangan adik-adik debater di UMP...harapannya semua dalam keadaan baik2 sahaja....

Menjelang Pertandingan seperti yang diberitakan, semoga semua yang terlibat akan memberkan komitmen yang baik dan menyeluruh...kita telah punyai rekod yang cmerlang dalam arena perdebatan dan pidato seuniversiti....moga-moga etika dan apa yang telah dicapai dapat dijaga dan diperbaiki daripada sehari ke sehari....

Selamat maju jaya untk semua...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals