DEBAT TERBUKA ASTAR 2009


DEBAT TERBUKA ASTAR 2009

28 JANUARI – 1 FEBRUARI 2009

UNIVERSITI MALAYA

Pada pertandingan kali ini, muka-muka baharu dihantar bagi mewakili UMP. Hasratnya agar mereka semua dapat untuk berkongsi pengalaman dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam dalam arena perdebatan.

Good Luck untuk semua pasukan yang menyertai pertandingan kali ini. Buat sehabis baik UMP!

Al-Fatihah

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yasmin bin Che Razali, student UMP tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 2009 akibat kemalangan maut.

Takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah dan diberi rahmat..amin..(Innalillahi wainna Ilaihiroji’un)

“..wahai penghuni negeri orang-orang beriman, sesungguhnya aku juga akan menyusul kalian kemudian..dariNya kita datang, kepadaNYa jugalah kita kembali..”

GONG XI FA CAI !

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA

Warga Orator UMP mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua bangsa Cina UMP khususnya dan seluruh Malaysia am nya. Selamat Tahun Baharu.



DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2009

PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KALI KE 6

13 – 15 Februari 2009

Tema : Integriti (Nilai Positif)

Anjuran Kelab Orator UMP, Pejabat Naib Canselor, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan

dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

HADIAH YANG DITAWARKAN UNTUK KEDUA-DUA KATEGORI

JOHAN

RM800 (RM400 untuk setiap kategori), CENDERAMATA, SIJIL

NAIB JOHAN

RM400 (RM200 untuk setiap kategori), CENDERAMATA, SIJIL

KETIGA

CENDERAMATA, SIJIL

PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN (LIGA)

CENDERAMATA, SIJIL

PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN (AKHIR)

CENDERAMATA, SIJIL




Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Januari 2009.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas boleh diutarakan melalui memo kepada Saudari Nadiah Zainuldin atau hubungi di nombor 0123393712

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals