Debat Kemerdekaan 2008

Debat Merdeka 2008 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) anjuran Arkib Negara Malaysia telah pun melabuhkan tirainya pada 25 Ogos 2008 yang lepas. Seperti sedia makluman sedikit kejutan apabila peningkatan pasukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan akhirnya mereka telah bertemu di peringkat akhir.

Pada pertandingan akhir, UTP telah dinobatkan sebagai Johan dengan mengalahkan UPSI. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan.

Seperti lazimnya, pasukan debat UMP juga turut menyertai pertandingan yang diadakan di negeri jiran ini. Kali ini UMP telah menghantar kombinasi junior dan senior iaitu :


Mohd Khairul Afizan bin Harun

Masita Md. Shah

Mohd Adam bin Salam

Sharifah Rahimah bt Wan Mahadi


Adam Khairul Masita


Alhamdullilah, walaupun tidak dapat untuk melepasi suku akhir, tahun ini UMP telah berjaya untuk memperbaiki kedudukan. Tahun ini UMP berjaya menduduki tempat ke sebelas daripada 24 pasukan yang bertanding selepas memenangi tiga perlawanan dan mendapat juri seramai sembilan orang.

Perlawanan paling sengit dalam perlawanan kali ini adalah bagi pusingan kedua ketika bertemu MMU (Fahmi, Myer, Anis). Juri 2-1 margin 1.5, UMP akur dengan keputusan juri apabila tewas di tangan MMU.

UMP juga telah tewas dalam perlawanan pusingan pertama kepada Universiti Malaya (Azri, Ali, Shen) dan tewas di pusingan ke lima kepada Universiti Teknologi Mara (Sabri, Zarul, Ziadi).

Pada pusingan ketiga UMP telah bertemu UNITAR dan alhamdullilah telah mencatatkan kemenangan. Jika dalam debat alam sekitar di UMS, UMP buat julung kalinya tewas di tangan UNIMAP , debat merdeka kali ini, telah menemukan UMP sebanyak dua kali iaitu pada pusingan ke empat dan pusingan ke enam. Alhamdullilah kedua-dua pusingan tersebut telah berpihak kepada UMP.

Akhirnya,sekalung penghargaan buat pendebat UMP yang telah bertungkus lumus untuk meletakan nama UMP setaraf dengan universiti-universiti yang lain walaupun ada juga jugde yang memberi komen mengatakan ‘u very armature’ , namun ambilah kata-kata tersebut sebagai perangsang untuk peningkatan diri dalam arena perdebatan.

Buat semua pendebat IPT, bertemu kita di pertandingan seterusnya, Debat Pengguna di MMU.

Menyusul……UMP Naib Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2008





0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals