usul DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL IPT 2009


SENARAI USUL

PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL IPT 2009

12 – 16 JUN 2009 @ UNIMAS


1. Memartabatkan Bahasa Malaysia: PPSMI Wajar Dihapuskan.

2. Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan.

3. Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia.

4. Blog Menjejaskan Keharmonian Kaum.

5. 52 Tahun Merdeka: Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan.

6. Kekerapan Pilihanraya Kecil: Agenda Politik Semata.

7. Perlembagaan Kita Sudah Tidak Lagi Dijunjung.

8. Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik.

9. Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia.

10. Integrasi Nasional Asas Pembangunan Negara.

11. Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan.

12. Isu Perpaduan: Wawasan 1 Malaysia Adalah Jawapannya.

13. Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan.

14. Undang-Undang Kita Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional.

15. Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya.

16. Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan.

17. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara.

18. Ancaman Subversif: ISA Penawarnya.

19. Demi Perpaduan: Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan.

20. Latihan Khidmat Negara: Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme.

21. Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara.

22. Demi Keharmonian Negara, Kewujudan Media Alternatif Wajar Disekat.

23. Isu Perpaduan Kaum Perlu Ditangani Secara Terbuka.

24. Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jatidiri Rakyat Malaysia.

25. Ketidakseimbangan Etnik Dalam Sektor Swasta: Salah Mereka.

26. Perpaduan Kaum Semakin Meningkat Selepas 52 Tahun Negara Merdeka.

27. Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai Perpaduan Nasional.

28. Perpaduan Negara: Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya.

29. Pembahagian Kekayaan Negara: Tiada Kaum Yang Terpinggir.

30. Demontrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara.

31. Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara.

32. Institusi Keluarga Gagal Menyemai Semangat Perpaduan.

33. Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Kaum.

34. Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda.


ARAU OPEN 2009: suku akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Arau Open 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya....dan untuk kali ini uitm Arau telah melakukan penganjuran yang lebih baik daripada sebelum ini...dengan bilangan team yang menyertai semakin bertambah menyebabkan pusingan awal di buat sebanyak 6 kali berbanding sebelum ini yang hanya 5 pusingan sahaja..

buat kali ke-2 pasukan UMP sekali lagi berjaya berada di kelompok 8 pasukan terbaik. namun di pusingan suku akhir UMP bertemu dengan pasukan UTP yang telah pun bertemu di pusingan saringan tetapi kalah dengan margin 1. Namun berbekalkan usaha yang gigih,pasukan UMP telah berjaya di kalahkan lagi buat kali ke-2 di tangan UTP.

UTP vs UMP
Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga

Pemenang : UTP
Margin : 2
Juri : 5-0
Pendebat Terbaik : Munir(UTP)


maka dengan itu berkahirnya perjuangan pendebat UMP. begitu juga dengan pasukan BI UMP...mereka kecundang di peringkat 16 pasukan terbaik sebelum masuk ke peringkat suku akhir..

walaupun buat kali ke-2 UMP tidak berjaya menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir dan final..namun usaha gigih mereka harus di beri pujian.

semoga rezeki kita akan ada dilain waktu, jangan pernah cepat berputus asa. kerana kejayaan itu bukan hak milik kekal mereka yang berada di atas. kita perlu yakin suatu hari nanti kejayaan itu akan datang menjadi milik kita. tapi perlu ingat. kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih dan juga doa yang selalu di panjatkan....

tahniah buat UTP yang berjaya menjadi JOHAN dan juga UPM yang telah berjaya menjadi N.johan....

good luck utk semua debaters UMP...


sekian.terima kasih.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals