Pidato Kemerdekaan MADUM

PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN ANTARA IPT 2008

(BAHASA MELAYU)

Tempat: Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Tarikh: 15 – 17 Ogos 2008

UMP telah menghantar dua wakil masing-masing Mohd Adam bin Salam bagi kategori Bahasa Melayu dan Ashwin Charles Benedict bagi kategori Bahasa Inggeris.

Keputusan

Bagi kategori Bahasa Melayu, UMP hanya di peringkat saringan. Namun tahniah buat Mohd Adam kerana telah berusaha melakukan yang terbaik. Tambahan pula ini merupakan kali pertama beliau menjadi pemidato. Semoga pengalaman ini diambil sebagai kemajuan masa hadapan.

Bagi ketegori Bahasa Inggeris, UMP telah berjaya ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 26 Ogos 2008. Pada peringkat saringan yang diadakan pada 16 Ogos 2008. Ashwin telah berjaya menduduki tempat ketiga. Manakala pada peringkat separuh akhir pada 17 Ogos 2008, beliau telah berjaya untuk mengungguli tempat pertama seterusnya mara ke peringkat akhir.

TAHNIAH ADAM DAN ASHWIN.

SYABAS ASHWIN. BUAT YANG TERBAIK UNTUK UMP.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals