PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HEPA MELABUHKAN TIRAI

Pertandingan Pidato dan Forum Kemerdekaan Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akhirnya melabuhkan tirai. Pertandingan yang julung kalinya diadakan di UMP serta julung kali juga di anjurkan oleh Kelab Orator UMP ini merupakan salah satu acara yang telah diatur oleh kelab bagi mengenengahkan bakat-bakat baru dalam bidang yang sangat mencabar ini.

Pada malam tersebut, Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis penutup pertandingan tersebut. Dalam ucapan perasmian penutup tersebut, beliau amat menggalakan pertandingan atau program seperti itu diteruskan agar dapat melahirkan jurutera yang peka berkaitan isu semasa dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Tambah beliau bakat-bakat yang ada perlu terus diasah dan perlu ditambah dengan perencah-perencah lain agar bakat tersebut terus teserlah.

Majlis pada malam tersebut bertambah menarik apabila diselang selikan dengan iklan-iklan kemerdekaan yang pernah disiarkan di television. Kumpulan Koir UMP juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan pada malam tersebut. Kumpulan tersebut telah menyanyikan enam buah lagu antaranya ialah Tanggal 31 Ogos, Warisan dan Cemerlang Gemilang Terbilang. Terima kasih dan sekalung penghargaan buat Kumpulan Koir UMP.

Akhirnya setelah selesai semua acara-acara yang dirancang, tiba untuk mengumumkan pemenang pertandingan ini bagi edisi pertama. Senarai berikut merupakan pemenang-pemenang bagi setiap kategori.

Forum

Kedudukan

Nama Pasukan

Ahli

Johan

UMUM 2

Pengerusi :

Nurrahma Hj. Romainor

Ahli Panel :

Mohd Adam bin Salam

Nurul Asyikin bt Mohamad LAdzem

Wan Zunina bt Wan Mohamad

Kedudukan

Nama Pasukan

Ahli

Naib Johan

Kelab Intelligentsia

Muhammad Ilyas Mohd Junaidi

Akmal Hakim Muhd Shaam

Nur Adila Mohamad Hafizin

Siti Maimunah Nikmat Leong

Ketiga

Umum 1

Mohd Hafizul bin Mat Rahim

Nadiah binti Zainuldin

Mohd. Khairi bin Kamarudin

Mohd Khairul Najmie bin Mohd Nor

Pengerusi Terbaik

Umum 2

Nurrahma Hj. Romainor

Ahli Panel Terbaik

Umum 2

Mohd Adam bin Salam

Pidato (Bahasa Melayu)

Kedudukan

Persatuan

Pemenang

Johan

PETAKOM

Mohd Hafizul bin Mat Rahim

Naib Johan

EEES

Mohd Adam bin Salam

Ketiga

MECHAPRO

Nina Nadia bt Sahim

Keempat

CHEST

Shrithar A/L Gengatharan

Kelima

CHEST

Ahmad Fakhruddin B Ahmad Faudzi

Pidato (Bahasa Inggeris)

Kedudukan

Persatuan

Pemenang

Johan

CHEST

Winson Sia Shen Loong

Naib Johan

CHEST

Ong Hang Chuan

Ketiga

PERKASA

Lee Jin Yeow

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals