usul debat integriti 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera....

buat pengetahuan pendebat UMP sekalian, berikut adalah senarai usul debat integriti 2009 yang bakal di adakan di UTM,skudai...

1. Harga barang tanggungjawab peniaga
2. Wawasan 2020 mudah dicapai
3. penyeludupan barang menjejaskan ekonomi negara
4. kebanjiran pendatang tanpa izin menjejaskan peluang rakyat malaysia
5. globalisasi punca peningkatan masalah integriti
6. isu rasuah : NGO lepas tangan
7. mengatasi jenayah kolar putih : kita perlu bersatu
8. PIN : kita semakin jelas
9. rasuah di malaysia tidak membimbangkan
10. pelan integriti nasional teras kemajuan negara
11. ahli politik telus dalam menangani isu rasuah
12. sektor swasta : integriti mengatasi keuntungan
13. integriti adalah penyelesaian kepada krisis ekonomi
14. perkhidmatan awam di malaysia cekap
15. politik wang : ditelan mati emak, diluah mati bapa
16. sistem pendidikan punca pengangguran
17. kurikulum pengajian tinggi berjaya melahirkan modal insan berintegriti
18. integriti media teras keharmonian kaum
19. youtube menjejaskan integriti
20. undang-undang mekanisme terbaik memerangi rasuah
21. pendidikan integriti lebih berkesan di sekolah
22. malaysia memerlukan model indeks rasuah sendiri
23. blogging membentuk budaya tidak berintegriti
24. siaran langsung penuh sidang parlimen perlu
25. TEKAD 2008 hanya tinggal kenangan
26. warga tua di malaysia terabai
27. pengurusan tatatertib yang lemah mengakibatkan kemerosotan integriti
28. piagam pelanggan adalah realiti
29. ISO menjamin kualiti perkhidmatan
30. etika perniagaan bermula dengan pengguna yang bijak
31. pengamalan etika perniagaan di malaysia masih pada takuk lama
32. remaja berintegriti, negara maju
33. usaha memerangi rasuah di malaysia : cakap serupa bikin
34. sistem pendidikan negara menyemai perpaduan kaum
35. program penerapan modal insan telah berjaya
36. peguam di malaysia amalkan integriti
37. sistem penghakiman kita telus
38. pencegahan rasuah terletak di tangan masyarakat





good luck utk semua....

update:tarikh pertandingan debat yang terdekat!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
perhatian kepada semua pendebat UMP...
ini adalah senarai pertandingan debat yang terdekat & juga bengkel serta latihan insentif yang akan diadakan...
iaitu sekitar mei & jun...



Bengkel Intensif Debat
Tarikh : 6- 11 Mei 2009(Rabu-Isnin)
Masa : 10 pagi hingga 11malam (setiap hari)
Tempat : Bilik Latihan Debat
Jurulatih : En Azwan Ismail
En Raja Azrul Asyadi Raja Aadenan
En Syed Mohd Ferdaus
En Khairul Afizan Harun

*wajib untuk semua ahli Kelab Orator

Latihan Intensif Debat Perdana Integriti 2009

Tarikh : 12-14 Mei 2009(Selasa-Khamis)
Masa : 10 pagi hingga 11 malam
Tempat : Bilik Latihan Debat

Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009
Tarikh : 15-19 Mei 2009 (Jumaat-Selasa)
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Johor
2 pasukan

Latihan Intensif Debat Arau Open
Tarikh : 20-24 Mei 2009(Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 11 malam
Tempat : Bilik Latihan Debat

Pertandingan Debat Arau Open 2009

Tarikh : 25-30 Mei 2009
Tempat : UiTM Perlis, Perlis
1 pasukan senior, 2 pasukan junior


Latihan Intensif Debat Perpaduan 2009

Tarikh : 6-10 Jun 2009(Jumaat hingga Rabu)
Masa : 10 pagi hingga 11 malam
Tempat : Bilik Latihan Debat

Pertandingan Debat Perpaduan 2009
Tarikh : 12-16 Jun 2009 (Jumaat hingga Selasa)
Tempat : UNIMAS, Sarawak
1 pasukan

Latihan Intensif Debat Kepenggunaan 2009
Tarikh : 12-17 Jun 2009(Jumaat hingga Rabu)
Masa : 10 pagi hingga 11 malam
Tempat : Bilik Latihan Debat

Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

Tarikh : 18-21 Jun 2009 (Khamis hingga Ahad)
Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
1 pasukan



Senarai Pertadingan yang masih belum diterima surat jemputan

Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2009

UiTM Terengganu
1 pasukan senior, 2 pasukan junior

Occupational Safety & Health Debate Championship

1 pasukan senior, 2 pasukan junior



semoga semua pendebat yang telah terpilih dapat memberikan komitmen 100%...agar apa yang kita impikan akan tercapai...

sebarang perubahan akan di beritahu...harap maklum...

sekian,terima kasih...



PROACTIVE, PERSISTANT, PERSEVERE




 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals