usul PERSAHABATAN UMP-UIAM kuantan

Assalamualaikum & salam sejahtera....

perhatian kepada semua pendebat-pendebat UMP
berikut merupakan usul-usul untuk perlawanan persahabatan di antara UMP dengan UIAM kuantan.

usul daripada UMP

1) Teknologi insenerator wajar diteruskan di Malaysia
2) Malaysia Perlukan Teknologi Nuklear
3) Pendidikan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan: Sekadar Melepaskan Batuk Di Tangga
4) Pendidikan Kepenggunaan Wajar diajar di sekolah
5) Politik Malaysia Perlukan Perubahan
6) Tapak Bina di Malaysia Selamat


usul daripada UIAM kuantan

1. Pindaan AUKU: Mahasiswa kita sudah bersedia
2. Krisis makanan global: Kita sudah bersedia
3. Penjagaan alam sekitar: peranan media lebih berkesan
4. Gosip mengangkat popularity artis
5. FIlem kita memualkan
6. Masalah perkauman salah media
7. Teknologi ubah suai genetik memudaratkan

kepada pedebat BI usul akan di keluarkan oleh SUNIL...

harap maklum kepada semua....



PROACTIVE, PERSISTANT, PERSEVERE




jemputan PIDATO antarabangsa 2009

Assalamulaikum & salam sejahtera...

Sukacita dimaklumkan Kelab Orator menerima jemputan untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2009.


Butirannya adalah seperti berikut:


Tarikh : 6 Mac 2009 (Jumaat)

Masa : 6.00 petang

(Bertolak dari UMP jam 12.00 tengahari)

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Kepada semua orator BM & BI UMP yang berminat, bolehlah menghubungi MOHD.ADAM SALAM (0128222654) dengan menyertakan perkara berikut;

Nama :

NO. ID :

NO. IC :

NO. Telefon :



Kepada yang mempunyai masalah sila berhubung terus dengan Cik Masita (013-9411160) atau Saudara Sunil Shanaz (013-9738463) bagi kategori Bahasa Inggeris ataupun membalas memo ini dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih



PROACTIVE, PERSISTANT, PERSEVERE






perlawanan persahabatan: UIAM kuantan & UITM kuantan

Assalamualaikum & salam sejatera

sukacita di maklumkan Kelab Orator bakal menerima kedatangan Universiti Teknologi Mara (Kuantan) & Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (kuantan) pada 28 Feb & 1 Mac 2009 untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Maka, kesemua orator BM & BI adalah di wajibkan untuk mengosongkan jadual anda pada waktu tersebut. Segala maklumat terkini bolehlah merujuk kepada presiden orator atau kepada timbalan presiden bagi pendebat BI.

Seperti biasa, kepada semua orator BM, latihan debat akan di teruskan seperti biasa. Butirannya adalah seperti beriku:




Tarikh : 22 Februari 2009 (ahad)

Masa : 9.00 malam


Tempat : XBK01




Kehadiran semua orator adalah wajib. Kepada semua pelajar UMP yang berminat dengan debat, anda dijemput untuk menghadiri latihan ini.Kepada yang mempunyai masalah sila berhubung terus dengan presiden dengan kadar segera.



Kepada peserta Debat Naib Canselor juga anda dijemput untuk menghadirkan diri.



Wassalam.Terima Kasih.



PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE


debat NC 2009: AJK yang gigih

Assalamualaikum & salam sejahtera...
di sebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada AJK DEBAT NC 2009, maka dengan berbesar hati, pihak orator UMP menyediakan entri khas ini sebagai penghargaan untuk semua AJK DEBAT NC 2009....











terima kasih daun keladi daripada club orator UMP...jasa anda akan di kenang buat selamanya...semoga dapat berjumpa lagi pada DEBAT NC 2010....

peluang mewakili UMP...


Assalamualaikum & salam sejahtera



Sukacita dimaklumkan Kelab Orator UMP sedang mencari bakat-bakat baru untuk mewakili UMP dalam pertandingan debat Bahasa Melayu. Antara pertandingan debat terdekat yang bakal menjelma pada cuti semester bulan Mei & Jun 2009 adalah seperti berikut;





Bil

Pertandingan

Tarikh

Tempat

1

Debat Perdana Integriti 2009

8-12 Mei

Universiti Teknologi Malaysia, Johor

2

Debat Perpaduan

Mei 2009

Belum ditetapkan

(sama ada di Sabah & Sarawak atau bahagian selatan semenanjung)

3

Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

Mei 2009

UiTM Dungun

4

Arau Open

Jun 2009

UiTM Perlis

5

Occupational Safety & Health Intervasity Debate

Jun 2009

UiTM Pulau Pinang

6

Pidato Rakan Muda

Mei 2009

Universiti Putra Malaysia

7

Debat Diraja

Jun 2009

Universiti Malaya



Kami mencari mahasiswa UMP yang berminat dan dapat memberikan komitmen terhadap latihan yang dijalankan. Kami juga tidak melihat kepada bakat, kerana ýdebater are not born, but madeý. Jangan sia-siakan peluang untuk menjadi pendebat UMP yang mewakili UMP dalam arena perdebatan.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah datang ke latihan debat Kelab Orator bermula minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut ;





Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 malam

Tempat : XBK01




Kepada yang mempunyai masalah sila berhubung terus dengan presiden orator dengan kadar segera. Salam.




PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE


DEBAT NC 2009: Sekalung tahniah

Assalamualaikum & salam sejahtera di ucapkan...

untuk pengetahuan semua...pertandingan DEBAT NC 2009 telah pun melabuhkan tirainya pada ahad lepas iaitu 15 februari 2009.

pertandingan akhir DEBAT NC 2009 telah pun di adakan dengan jayanya di ASTAKA UMP yang indah lagi permai....yang mana pertandingan akhir kali ke-6 ini telah menemukan dua pasukan yang cukup mantap iaitu KELAB KEBUDAYAAN selaku KERAJAAN manakala pasukan UMUM 2 selaku pihak PEMBANGKANG.

Usul peringkat akhir ini juga amat menarik iaitu "UMP PERLUKAN PERUBAHAN"...yang mana telah menarik ramai pelajar UMP yang turun hadir untuk menyaksikan pertandingan akhir ini terutamanya penyokong-penyokong dari kedua-dua pihak.

sebelum pertandingan akhir debat bahasa melayu, pertandingan akhir untuk debat bahasa inggeris turut di adakan yang mana menemukan umum 1 bertemu dengan kelab perpaduan. dan tuah memihak kepada UMUM 1.

manakala untuk keputusan debat akhir bahasa melayu:

dengan usul : UMP PERLUKAN PERUBAHAN


usul telah di
terima dewan

margin:
3.222

juri:
9-2

pendebat terbaik final:
MHD.JUMAIN BIN MAPPLATI

pendebat terbaik keseluruhan :
YUSRY YAMIN

maka, NAIB JOHAN : UMUM 2

tempat ke-3 : PETAKOM

tempat ke-4 : UMP-IEM


dengan berakhirnya debat pada malam itu, maka nerlabuhnya tirai DEBAT NC 2009...tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya peserta dan juga AJK yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini...tahniah juga kepada kak nadia selaku pengarah program kerana berjaya mengendalikan program debat NC kali ke-6 ini. segala kekurangan harap di maafkan...

bertemu kita lagi di arena DEBAT NC 2010....

sekian...



debat NC 2009 BERMULA

Assalamualaikum...& salam sejahtera...

edisi debat NC ke 6 akan bermula pada hari ini...
pastinya semua wakil2 kelab akan bertungkus-lumus untuk merebut takhta juara debat NC kali ke-6 ini....

dan siapakah yang bakal memenangi debat NC kali ini?
adakah IEM sekali lagi berjaya merangkul juara...
ataupun adanya kelab-kelab lain yang merampas takhta....

jadi...
marilah kita sama-sama memeriahkan debat NC kali ini....
sama-samalah kita menambahkan pengetahuan kita...

ini adalah usul debat NC yang bertemakan INTEGRITI...

Usul Debat :

SARINGAN 1:

IPT BERJAYA MEMUPUK INTEGRITI DI KALANGAN PELAJAR

SARINGAN 2:

DUNIA TIDAK SERIUS DALAM ISU ISRAEL PALESTIN


SARINGAN 3:


BUDAYA SOPAN SANTUN SEMAKIN DILUPAKAN


SARINGAN 4:


SAINS DAN MATEMATIK PERLU DIKEKALKAN DALAM BAHASA INGGERIS


SEPARUH AKHIR:


MAT REMPIT : DURI DALAM DAGING

PENCAPAIAN ATLET MALAYSIA MEMBANGGAKAN

PENJAWAT AWAM SUDAH BERINTEGRITI


SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!!!



NC 09 menjelma!!

Edisi Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 09 kini sedang bermula. Untuk kali ini Kelab Orator tampil dengan tema INTEGRITI yang mencakupi pelbagai aspek seperti sukan, hiburan, mahasiswa, kakitangan awam, keluarga dan sebagainya. Debat Naib Canselor 09 ini bakal menjadi medan untuk kita melihat persaingan di antara kelab dan persatuan di UMP terutamanya dalam merebut Piala Naib Canselor yang menjadi milik UMP-IEM pada tahun lepas.

Tahun

Johan

Naib Johan

2004

UMUM

CHEST

2005

CHEST

EEES

2006

UMUM

CHEST

2007

UMUM 1

UMUM 2

2008

UMP-IEM

ORATOR

2009

?

?

Butiran Debat Piala NC 09

Saringan

Tarikh : 14-15 Februari 2009

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Blok W

Majlis Penutup & Pertandingan Akhir

Tarikh : 15 Februari 2009

Masa : 8.00 malam

Tempat : Astaka

Semua warga UMP dijemput untuk menyaksikan saringan(Blok W) dan Pertandingan Akhir(Astaka) sekaligus menyokong Kelab dan Persatuan anda. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudari Nadiah Zainuldin, Pengarah Program NC 09 di nombor 012-3393712.

debat integriti 2009 di tunda~

Untuk pengetahuan semua pendebat UMP


debat integriti yang pada awalnya akan di adakan di UTM,skudai telah pun di tunda ke satu tarikh yang akan di beritahu...


namun latihan akan di jalankan seperti biasa...


harap maklum...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals