peluang mewakili UMP...


Assalamualaikum & salam sejahtera



Sukacita dimaklumkan Kelab Orator UMP sedang mencari bakat-bakat baru untuk mewakili UMP dalam pertandingan debat Bahasa Melayu. Antara pertandingan debat terdekat yang bakal menjelma pada cuti semester bulan Mei & Jun 2009 adalah seperti berikut;





Bil

Pertandingan

Tarikh

Tempat

1

Debat Perdana Integriti 2009

8-12 Mei

Universiti Teknologi Malaysia, Johor

2

Debat Perpaduan

Mei 2009

Belum ditetapkan

(sama ada di Sabah & Sarawak atau bahagian selatan semenanjung)

3

Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

Mei 2009

UiTM Dungun

4

Arau Open

Jun 2009

UiTM Perlis

5

Occupational Safety & Health Intervasity Debate

Jun 2009

UiTM Pulau Pinang

6

Pidato Rakan Muda

Mei 2009

Universiti Putra Malaysia

7

Debat Diraja

Jun 2009

Universiti Malaya



Kami mencari mahasiswa UMP yang berminat dan dapat memberikan komitmen terhadap latihan yang dijalankan. Kami juga tidak melihat kepada bakat, kerana ýdebater are not born, but madeý. Jangan sia-siakan peluang untuk menjadi pendebat UMP yang mewakili UMP dalam arena perdebatan.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah datang ke latihan debat Kelab Orator bermula minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut ;





Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 malam

Tempat : XBK01




Kepada yang mempunyai masalah sila berhubung terus dengan presiden orator dengan kadar segera. Salam.




PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE


0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals