UNDI ! UNDI ! UNDI !










LEPASKAN GERAM ANDA DI KERTAS UNDI, PANGKAH YANG BETUL TINGGALKAN YANG SALAH

Itulah hanya kata-kata yang boleh diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak mengundi.
Buatlah sehabis baik dan banyakan berdoa kepada ALLAh agar yang baik itu terus berkekalan dan bertambah baik manakala yang Batil itu di Nyahkan dari muka bumi ALLAh ini.

“Ya ALLAH, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agamamu, sesungguhnya kami tidk terdaya. Maka kami berserah kepadamu untuk bantu kami menegakkan agamaMU”

Esok merupakan tarikh keramat di bumi Malaysia. Pilihanraya ke 12 atau PRU 12. Ramai pemerhati politik yang ditemubual oleh wartawan-wartawan mengatakan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah sejak 11 kali pilihanraya yang lalu.

Walaupun ketika pilihanraya 1999, ramai pemerhati politik mengatakan ia adalah terkotor, namun dalam masa kurang 10 tahun, tercatit sekali lagi pilihanraya yang paling kotor.
Sepatutnya pilihanraya kita semakin bertambah baik selepas di komplen sangat kotor. Namun kelihatan pihak-pihak yang terbabit seperti tidak mengendahkan apa yang pernah berlaku berlaku dalam pilihanraya 1999.

Pihak pembangkang seperti biasa akan mengatakan adanya pengundi hantu, daftar pemilih yang salah dan sebagainya.

Seperti biasa juga pihak yang terlibat seperti SPR akan menafikan perkara ini.
Jadi untuk melihat apakah kebenaran disebalik kata-kata kedua-dua belah pihak ini, kita nantikan sahaja keputusannya juga apakah tindakan-tindakan pihak terbabit selepas selesainya pilihanrya kali ini.

Maka ini bukanlah entry terakhir untuk label Politik PRU 12.

Selamat Mengundi.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals