Jika di perhatikan, perlbagai perkara telah berlaku berkaitan Pilihanraya Umum ke 12. Apa yang hendak di fokuskan kali ini ialah pada pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan pilihnraya ini iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPR.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dengan adil, telus dan amanah. Apa yang paling penting. Tindak tanduk SPR ini mestilah tidak mencerminkan mana-mana pihak atau parti politik, tidak kira sama ada parti pemerintah mahupun parti pembangkang.
Penulis hanya menyebutkan dua perkara besar yang terjadi sepanjang kempen pilihanraya ini yang menyebabkan penulis sendiri sangsi dengan kewibawaan dan ketelusan pihak yang mentadbir SPR.
Kes 1 : SPR telah memaklumkan kepada semua parti politik supaya semua calon yang bertanding pada pilihanraya kali ini mestilah membayar duti setem. Maka berbondong-bondonglah semua calon-calon ini ke pejabat LHDN dan pejabat-pejabat yang berkenaan untuk membuat pembayaran.
Penulis merasakan tindakan yang di buat oleh SPR ini wajar kerana didalam syarat sememangnya disebutkan setiap calon untuk melakukan pembayaran tersebut walaupun pada pilihanraya yang sebelumnya tidak dikuatkuasakan akta tersebut.
Namun apa yang dimushkilkan apabila dengan tiba-tiba, SPR tanpa memaklumkan dengan segera kepada semua pihak yang terlibat dalam PRU 12 ini yang mana arahan yang dikeluarkan tersebut telah ditarik balik. Ramailah pihak yang terlibat tidak berpuas hati tindakan ini terutamanya parti pembangkang.
Sepatutnya SPR memberikan sebab yang kukuh untuk menarik semula arahan tersebut. Barulah perkara ini tidak dimainkan oleh pihak pembangkang.
Kes 2 : Dakwat pada kuku bagi pengundi yang telah mengundi.Kes ini adalah tuntutan pihak pembangkang bagi menjalankan pilihanraya yang lebih adil.SPR seolah-olah sebelum ini seperti menerima permintaan yang telah di buat. Ini kerana tindakan SPR yang merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Negara dan sebagainya.
Namun tiba-tiba pihak SPR mengumumkan dakwat jari tersebut hanyalah pilihan sahaja. Maksudnya bagi mereka yang tidak mahu mengotorkan jari mereka, maka mereka tidak perlulah untuk mencelupkan dengan dakwat tersebut.
Bagi penulis ia masih tindakan yang adil dan wajar, namum semalam apabila SPR mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat tersebut, maka kali ini penulis tertanya-tanya dengan tindakan SPR dalam mengeluarkan arahan-arahan yang begitu kritikal setelah PRU 12 semakin hampir untuk dijalankan.
Sama-samalah kita membuka mata dan pemikiran kita untuk kita mengembalikan demokrasi Negara. Penulis mengharapkan SPR menjalankan tugas dengan lebih amanah dan jujur atau dalam bahasa sekarang dipanggil berintegriti.
p/s : penulis hanya membuat perhatian kepada perkara yang berada di depan mata sahaja.
0 comments:
Post a Comment