PELIK TAPI BENAR

Apakah ini menyebabkan salah satu perkara hidup kita menjadi bosan?

Dalam kesibukan setiap parti berkempen untuk bertanding PRU ke 12, masing-masing ingin menunjukkan kekuasaan dan pengaruh parti mereka.

Namun ada yang menjadi mangsa. Kenapa? Setiap hari penulis akan melayari internet bagi menambah maklumat - maklumat terkini mengenai negara. Seperti biasa penulis akan melayari akhbar-akhbar arus perdana secara online.

Namun apa yang menyebabkan penulis merasa serabut dan kecewa kerana semua akhbar tidak langsung memaparkan tentang kehidupan msyarakat Malaysia. Terpampang di dada-dada akhbar hanyalah penulisan dan laporan mengenai politik semata- mata.

Mana perginya tanggungjawab syarikat-syarikat akhbar ini dalam menjalankan tugas mereka?Apakah yang membeli dan membaca akhbar-akhbar ini hanyalah ahli parti berkenaan sahaja. Kemanakah diletakkan integriti yang patut ada pada syarikat-syarikat ini.

Bagi penulis keadaan ini sememangnya membimbangkan. Dalam pada masa kita mewarwarkan untuk mematuhi garis panduan untuk berintegriti, namun seruan itu sebenarnya seolah-olah untuk melepaskan batuk di tangga sahaja. Kerana untuk memperlihatkan mereka ini melakukan sesuatu daripada tidak melakukan apa-apa.

Apa yang penulis faham, kita tidak boleh menghentam wartawan semata-mata, mungkin ini yang telah di arahkan oleh ketua mereka. Mereka tidak boleh membantah, demi periuk nasi mereka.

Penulis mencadangkan supaya akhbar-akhbar ini segera kembali ke matlamat asal untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mencintai Malaysia.

p/s : kalu baca akhbar pembangkang patut la mereka mewarwarkn hal mereka, tapi ini akhbar untuk semua rakyat Malaysia.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals