PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KEMBALI


DEBAT PIALA NC '08 - NANTIKAN


Untuk makluman semua, Kelab Orator UMP akan menganjurkan Piala NC’08. Pada tahun ini, Piala NC telah pun masuk Edisi ke – 5. InsyaALLAh tahun ini akan dipertingkatkan mutu penganjuran mahu pun aspek penghakiman.


Seperti biasa Debat Piala NC akan terbahagi kepada dua katogari iaitu Debat Bahasa Inggeris dan Debat Bahasa Melayu.


Surat jemputan telah siap diedarkan kepada semua kelab dan persatun di UMP. Untuk makluman,dekan JHEPA juga bakal mengeluarkan surat rasmi kepada YDP MPP untuk diedarkan kepada semua kelab dan persatuan untuk menggalakkan menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan bagi setiap kelab dan perstuan.


Debat Piala NC ’08 akan dijalankan dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta MADUM UMP.
Berikut merupakan maklumat berkaiatan :


Tarikh : 28 – 30 Mac 2008
Tempat : Blok W (saringan), Astaka (Akhir)


Good Luck untuk semua JK yang sedang bergerak menjalankan tugas yang telah diagihkan pada JK masing-masing.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals