Terkejut, Berdebar, Mencemaskan, Runsing, Gelisah, Sakit Hati, Pening Kepala, Malu, Segan, Tersentap
Semua perkara-perkara di atas bukan lagi hanya berlegar di kalangan parti pembangkang sahaja, namun ‘tsunami’nya telah melanda Kerajaan Barisan Nasional.Jika sebelum ini mereka gah dengan kemenagan-kemenangan yang mereka perolehi dalam setiap Pilihanraya Umum, namun kali ini keputusan yang merosot teruk menyebabkan mereka mula membuka mata untuk mendengar segala permasalahan rakyat yang selama ini mereka memandang enting.
Apakah sebenarnya yang berlaku?
Menurut sumber-sumber yang di perolehi kebanyakan parti pembangkang mendapat undi di saluran tiga, empat, lima dan enam yang mana salura-saluran ini terdiri daripada masyarakat belia Malaysia yang sememangnya peka terhadap apa yang terjadi di sekeliling mereka. Maknanya, Kerajaan BN hanya mendapat majoriti mudah adalah disebabkan oleh pengundi tua di saluran satu dan dua yang mana sememangnya pihak pembangkang mengatakan golongan yang sukar diubah dan taksub dengan kepimpinan lama.
Apa lagi sebenarnya yang berlaku?
Menurut seorang panel yang di jemput oleh RTM dalam perbincangan mengenai PRU 12 semalam, Prof. Madya Agus, kebanyakan anak-anak muda sekarang sememangnya terdedah dengan informasi-informasi terkini yang datangnya daripada internet dan teknologi-teknologi lain seperti SMS dan sebagainya. Maka hari ini pihak pembangkang sememangnya menggunakan saluran-saluran ini dengan semaksima mungkin bagi menyebarkan fakta-fakta yang dirasakan sesuai untuk melawan pihak BN.
Tambah beliau,
Propaganda dan kempen-kempen yang dijalankan oleh RTM sebenarnya adalah tidak relevan kerana boleh dikatakan berat sebelah dan ini menyebabkan anak-anak muda mula berfikir dan mencari jalan alternatif untuk mendapatkan sumber maklumat yan tepat dan seimbang.
Manakala seorang panel yang dijemput oleh TV 3 pula mengatakan, sebenarnya masalah yang dihadapi oleh UMNO sendiri yang sepatutnya dirawat terlebih dahulu sebelum parti pemerintah ini merawat parti-parti pembangkang yang lain terutamanya PAS di Kelantan.
Walaupun BN dapat membentuk kerajaan pada pilihanraya kali ini, namun disebabkan mereka tidak mendapat 2/3 ahli dewan rakyat,bermakna sebarang pindaan perlembagaan dan sebagainya tidak boleh di buat sesuka hati tanpa mendapat persetujuan 2/3 ahli dewan rakyat.
Tahniah diucapkan kepada BN yang dapat membentuk Kerajaan Persekutuan dan mengekalkan negeri-negeri yang sedia ada. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat PAS yang dapat mengekalkan kepimpinan di Negeri Kelantan. Juga buat kepimpinan BA di Kedah, Kerajaan baru DAP di Pulau Pinang dan kerajaan campuran BA (PAS + Keadilan) dan DAP di Perak dan Selangor.
KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI
0 comments:
Post a Comment