KUANTAN 23 Jan. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bekerjasama membantu para penyelidiknya mengkomersialkan produk-produk mereka di dalam dan luar negara.
Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Mohamed Said Mat Lela berkata, melalui kerjasama itu, matlamat utama UMP untuk mengkomersialkan produk-produk mereka dijangka dapat dilakukan menerusi dana komersial penyelidikan dan pembangunan (CRDF) yang dikendalikan oleh MTDC.

''Pengkomersialan produk ini secara tidak langsung mengiktiraf peranan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) menghasilkan produk penyelidikan bermutu," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis penutup Program Technology Screening anjuran bersama MTDC di Dewan Bankuet UMP di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Mutalib dan Pengarah Pembangunan Teknologi MTDC, Norhalim Yunus.Sempena program dua hari itu, sebanyak 12 projek penyelidik UMP dibentangkan untuk tujuan penilaian oleh MTDC, yang merangkumi pelbagai disiplin teknologi termasuk kejuruteraan dan fizik.
Mohamed Said berharap, dengan adanya program itu, para penyelidik juga didedahkan kepada keperluan semasa pasaran untuk membolehkan produk mereka dikomersialkan bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Norhalim berkata, melalui pembentangan projek tersebut, pihaknya telah mengenal pasti beberapa produk yang boleh dikomersialkan
0 comments:
Post a Comment