PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA ASTAR


Pertandingan Debat Terbuka ASTAR telah berlangsung dari 2 Feb -5 Feb 2008 bertempat di Universiti Malaya. Sebanyak 24 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini yang terdiri daripada IPT seluruh Malaysia. Antara IPT yang telah menghantar pasukan mereka adalah UMP, UTHM, UPSI, UKM, UIA, UPM, UiTM (cawangan Johor, Perlis dan Terengganu), UM, IIC dan IPSM.

Pernyertaan daripada pasukan UMP pada kali ini terdiri daripada pendebat- pendebat muda iaitu;

  1. Mhd. Jumain Mapplati
  2. Mohd Adam Salam
  3. Mohd Amiruddin Fadzli Mohamad Zaini
  4. Nur Muhammad Afifi Zainal

Pada hari pertama, sebanyak 3 pusingan awal telah dijalankan. Pusingan pertama menemukan pasukan UMP selaku kerajaan menentang pasukan UTHM selaku pembangkang dengan usul PBB Hanya Menguntungkan Negara Maju. Pusingan ini telah dimenangi oleh pasukan UMP dengan margin 3.0 dan juri sepakat 3-0. Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudara Mohd Adam Bin Salam daripada pasukan UMP.

Pada pusingan kedua, pasukan UMP selaku kerajaan telah menentang pasukan UPSI (B) selaku pembangkang dengan membahaskan usul Pembinaan Koridor Ekonomi Menjamin Kemakmuran Negara. Pasukan UMP telah menang dengan margin 1.89 dan juri 2-1. Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudara Hairul Faiezi Lokman daripada pasukan UPSI (B).

Sesi petang pula diteruskan dengan pusingan ketiga yang menemukan pasukan UKM (A) selaku kerajaan menentang pasukan UMP selaku pembangkang dengan usul Kebanjiran Lagu Asing : Kita Harus Optimis. Pusingan ini telah dimenangi oleh pasukan UKM (A) dengan margin 3.3 dan juri 3-0. Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudara Syafiq Mahadi daripada pasukan UKM (A).

Hari kedua diteruskan lagi dengan berbekalkan 3 lagi pusingan awal. Pada pusingan keempat, pasukan UMP selaku pembangkang telah bertemu dengan pasukan UIA (C) selaku kerajaan dengan usul PPSMI Wajib Dimansuhkan. Pasukan UMP telah kalah tipis dengan margin 1.0 dan juri 1-2 kepada pasukan UIA (C). Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada pendebat UIA (C) iaitu saudara Mohd Ezuwan Ahmad.

Pusingan kelima diteruskan lagi dengan menemukan pasukan UTHM selaku kerajaan dan pasukan UMP selaku pembangkang untuk membahaskan usul Perpaduan : Malaysia Model Terbaik. Kemenangan telah diberikan kepada pasukan UTHM yang menang tipis margin 1.0 dan juri 2-1. Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudara Mohd Adam Bin Salam daripada pasukan UMP.

Pusingan terakhir atau pusingan awal keenam pula menemukan pasukan UMP selaku kerajaan dan IIC (B) selaku pembangkang dengan usul Kanak- kanak Hilang : Masyarakat Puncanya. Pusingan ini adalah pusingan “silent round”. Kemenangan telah diberikan kepada pasukan UMP dengan margin 3.0 dan juri 1-0 (“supreme judge”). Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudara Mohd Adam Bin Salam daripada pasukan UMP.

Berikut adalah keputusan sepanjang 6 perlawanan awal.

PUSINGAN

KERAJAAN

PEMBANGKANG

MENANG

MARGIN

JURI

1

UMP

UTHM

UMP

3.0

3-0

2

UMP

UPSI (B)

UMP

1.89

2-1

3

UKM (A)

UMP

UKM (A)

3.3

0-3

4

UIA (C)

UMP

UIA (C)

1.0

1-2

5

UTHM

UMP

UTHM

1.0

1-2

6

UMP

IIC(B)

UMP

3.0

1-0(SUP)

Pasukan UMP telah menduduki tempat ke-12 daripada 24 pasukan yang bertanding pada kali ini. Saudara Mohd Adam bin Salam pula telah menduduki tempat kedua keseluruhan pendebat terbaik selepas 6 pusingan awal.

Pada pertandingan akhir Debat Terbuka ASTAR yang berlangsung di Dewan Tun Perak, Universiti Malaya, pasukan UIA (A) selaku kerajaan telah mengalahkan pasukan UiTM (Johor B) selaku pembangkang. Pendebat terbaik pula telah diberikan kepada saudari Nurliyana Norazmi daripada pasukan UIA (A). Pasukan UPSI (B) pula telah mendapat tempat ketiga setelah menewaskan pasukan UKM (A) pada pertandingan tempat ketiga dan keempat dengan membahaskan usul Emas Olimpik : Masih Angan- angan Mat Jenin pada sebelah petang sebelum pertandingan akhir.

2 comments:

ewan said...

aha...
match ngan ump was superb....
korang memng best....

ezuwan
uiam c...

. said...

UMP memang besth...wuhu

Faiezi UPSI B

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals