KUALA LUMPUR, 13 Feb - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.
Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat. - mks.
0 comments:
Post a Comment