PIALA DYMM SULTAN ZAINAL ABIDIN


Salam.

15-18 Mei 2008, UMP telah menghantar pasukan ke Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin. Pada tahun ini, dua pasukan Bahasa Melayu dan dua pasukan Bahasa Inggeris telah diberi kepercayaan untuk mewakili UMP.

Untuk makluman, penyertaan debat ini hanyalah terbuka kepada IPT yang berada di sekitar Pantai Timur. Tujuh belas pasukan terdiri daripada IPT sekitar Pantai Timur telah mengambil bahagian.

Alhamdullilah,sekali lagi pada tahun ini, UMP dapat mengekalkan kejuaraan dalam kategori Bahasa Inggeris. Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun ketiga UMP telah menjadi johan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Tahniah kepada Ashwin Charles Benedict yang mewakili UMP 1 yang telah di nobatkan sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir bagi kategori Bahasa Inggeris.

Pertandingan akhir Bahasa Inggeris telah menemukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai kerajaan dan Universiti Malaysia Pahang 1 (UMP 1) sebagai pembangkang.

Untuk UMP 2, tahniah kerana berjuang sehingga ke peringkat separuh akhir.

Bagi pasukan Bahasa Melayu,UMP 2 telah berjaya melangkah di peringkat suku akhir. Ini mengekalkan tahap yang sama seperti tahun yang lepas.


Bukan itu sahaja pada tahun ini, koleksi piala di tambah lagi apabila Mohd Adam bin Salam yang mewakili UMP 1 telah di umumkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan.

Piala Pusingan Pendebat Terbaik Keseluruhan

Tahniah dan syabas buat semua pendebat UMP. Kekalkan kejuaraan. Tingkatkan prestasi, kurangkan konteversi.

Pada pertandingan akhir Bahasa Melayu, Pasukan UiTM Kelantan sebagai kerajaan bertemu Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebagai pembangkang dan dengan usul Ketuanan Melayu:Yang Sudah Itu Sudah, UiTM Kelantan di umumkan sebagai Johan.Tahniah.

Pasukan Bahasa Inggeris

UMP 1

Lim Joo Ann

Aravinthan A/L Rajaandra

Ahswin Charles Benedict


UMP 2

Charlene Angela

Sunil Shanaz bin Redzuan Perpinder

Thilagawathi A/P Batumalai


Pasukan Bahasa Melayu

UMP 1

Mohamad Amiruddin Fadzli bin Mohamad Zaini

Mohd Adam bin Salam

Law Kok Sin

Mohd Fakharuddin


UMP 2

Mohd Khairul Afizan bin Harun

Mohd Khairul Najmie bin Mohd Nor

Masita bt Md. Shah

Zaidatul Izyan bt Zainal

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals