MINYAK KUAT!!!!

Graf daripada Malaysiakini.com

Memang cukup hebat. Dek kerana lambungan harga minyak yang begitu tinggi, suasana di Malaysia bagai nak raikan sesuatu. Namun hari ini rakyat Malaysia meraikan sesuatu yang negatif. Kenaikan harga petrol sebanyak 41% atau RM 0.78 sen dan diesel sebanyak 63.3% atau RM 1 menjadikan suasana Negara berubah sekelip mata.

Sepanjang tinjauan penulis di sepanjang jalan Gambang ke Kuantan yang mempunyai dua stesen Shell dan Caltex masing-masing sebuah stesen Petronas,Mobil dan Esso penuh dengan kenderaan bermotor. Kesesakan teruk berlaku. Lebih-lebih lagi bagi stesen minyak yang berdekatan dengan jalan utama. Daripada kenderaan beroda dua sehingga kenderaan yang beroda lebih daripada lapan. Bagaikan pesta.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis ialah kemampuan mahasiswa yang mempunyai kenderaan untuk menampung sara hidup masing-masing selepas ini. Tidak semua mahasiswa terdiri daripada keluarga yang berada, yang mampu untuk menampung 100% perbenlanjaan anak-anak mereka. Penulis sendiri yang mempunyai kenderaan ligat berfikir untuk melangsungkan kehidupan selepas ini.Apakah tidak pelu lagi untuk menggunakan kenderaan bermotor?Adakah hanya tumpang-tumpang kawan?Atau gunakan sebaik mungkin kenderaan pemberian Pencipta – kaki?

Kenapa? Kita tahu, selepas kenaikan harga petrol dan diesel, sudah pasti, harga barang-barang akan turut sama meningkat. Bukan atas arahan pihak kerajaan, namun sudah menjadi lumrah. Kerana sepanjang 2004 – 2008 sudah hampir enam kali kenaikan harga minyak dan sebanyak enam kali jugalah kenaikan harga barangan walaupun bukan semua barangan yang dinaikan harga. Alasan mudah dan ringkas oleh setiap peniaga, disebabkan minyak naik. Setiap menteri yang menjaga hal ehwal pengguna juga akan mengatakan harga barang lain tidak akan naik kerana masih lagi diberikan subsidi.

Namun sejauh manakah kebenaran dan jaminan yang boleh diberikan oleh pihak-pihak berkenaan kepada pengguna. Walau apa pun kata menteri dan sebagainya penulis yakin harga barang lain juga akan naik dan seterusnya menaikan harga makanan. Pastilah ia menjadi beban kepada mahasiswa sekalian.

Penulis tidak mahu mengupas tentang ketidakmampuan rakyat yang berpendapatan rendah dan berzuriat ramai. Kerana sudah pasti mereka bukan lagi hanya terkena tempias bahkan mereka seolah-olah telah dilanda Taufan Nargis di Myammar atau Tsunami di Indonesia.

Persoalannya adakah subsidi berbentuk money order itu cukup untuk menampung kehidupan rakyat nagara ini? Mengikut perkiraan bagi mereka yang mendapat subsidi RM 625 setahun bersamaan dengan RM 52.08 sebulan bersamaan dengan RM 1.71 sehari. Bagi yang bermotosikal mendapat RM 150 setahun bersamaan dengan RM 12.50 sebulan bersamaan dengan RM .41 sehari. Maknanya mereka yang mendapat subsidi ini hanya wajar untuk menggunakan kenderaan mereka sekitar beberapa kilometer sahaja sehari agar bersamaan dengan subsidi yang diperolehi.

Fikir-fikirkanlah.Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Konteversi.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals