PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dek kerana bersedia untuk berperang tinta sejurus selesai Debat NC ’08, maka admin tidak dapat update berkaitan Debat NC’08. Lebih-lebih lagi hampir semua MT ialah fakulti yang sama menyebabkan masa untuk menulis amatlah tidak mengizinkan.

Namun alhamdullilah ada sedikit ruang dan masa untuk update serba sedikit Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2008.

Pertandingan Akhir

Pada pertandingan akhir ini, telah menemukan ‘tuan rumah’ Kelab Orator UMP dan Institution Engineering of Malaysia UMP Student Section.

Orator membariskan, Masita Md. Shah selaku Perdana Menteri, Nur Muhammad Afifi bin Zainal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Nur Effendy bin Mat Rejab selaku Menteri Pertahanan. Manakala IEM membariskan Saiful bin Suliman selaku Ketua Pembangkang, Ahmad Faiz sabagai Timbalan Ketua Pembangkang dan Mohd Norazam bin Md Aris sebagai Pembangkang Pertama.

Usul ‘Jurutera Kita Hanya Pada Nama’ telah ditolak oleh juri dengan margin 3.333 dan juri 3-2.

Pada tahun ini, hadiah wang tunai bagi pemenang pertama dan kedua telah ditingkatkan daripada RM 400 kepada RM 600 dana RM 200 kepada RM 400. Selain wang tunai, pemenang juga membawa pulang sijil, cenderamata serta piala pusingan.

Agak menarik pada malam pertandingan akhir ini ialah, gabungan kumpulan okestra, koir dan kompang yang menawarkan diri untuk membuat persembahan selingan. Terima kasih.

Teks ucapan YH Dato’ Naib Canselor telah di bacakan oleh YBhg. En. Mustafar bin Zainuddin, Pendaftar UMP. YH Dato’ NC tidak dapat hadir kerana mengadakan perjumpaan bersama Menteri KPT yang baru di Kuala Lumpur.

Pusingan Saringan

Alhamdullilah pada perlawanan tahun ini, 10 pasukan Bahasa Melayu dan 6 pasukan Bahasa Inggeris telah menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut ialah :

Bahasa Melayu :

- Chemical Engineering Society A

- Chemical Engineering Society B

- Tekwando A

- Tekwando B

- Majlis Perwakilan Pelajar

- Institution Engineering of Malaysia

- Kelab In-Smartive

- Electric Electronic Engineering Society

- Kelab Orator

- Kelab Sukan Ekstreme

Bahasa Inggeris :

- Umum 1

- Umum 2

- Umum 3

- Chemical Engineering Society

- Kelab Perpaduan

- Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruetraan Awam & Sumber Alam

-

Empat pusingan awal telah diadakan bagi kategori Bahasa Melayu. Usul-usul santai diberikan lebih awal kepada peserta bagi memboleh kan para peserta mencari fakta yang bersesuaian untuk usul-usul tersebut.

Setelah melihat kepada kualiti setiap pusingan semakin meningkat, maka pusingan suku akhir diteruskan bagi mencari pemenang yang terbaik dikalangan terbaik. Lapan pasukan berentap bagi melayakkan diri ke perlawanan seterusnya. Berikut merupakan perlawnan suku akhir:

KERAJAAN

PEMBANGKANG

PEMENANG

EEES

MPP

EEES

CHEST B

Kelab In-Smartive

Kelab In-Smartive

Kelab Sukan Ekstreme

Kelab Orator UMP

Kelab Orator UMP

IEM

Tekwando B

IEM

Setelah berhempas pulas pada pusingan suku akhir, empat pasukan telah layak ke peringkat separuh akhir :

KERAJAAN

PEMBANGKANG

PEMENANG

EEES

IEM

IEM

Kelab In-Smartive

Kelab Orator UMP

Kelab Orator UMP

Maka dengan itu, bermakna ‘tuan rumah’ vs IEM di pentas akhir.

Juri

Pada pusingan pertama (Jumaat 28 Mc 2008,9.00 malam) kehadiran juri amat menggalakkan. Setiap perlawanan mampu untuk pihak urusetia meletakan 3 juri. Namun pada hari berikutnya, pihak urusetia terpaksa menjalankan ‘supreme judge’ kerana kekurangan juri yang ketara.

Namun pusingan suku dan separuh akhir, setiap perlawanan telah diusahakan untuk meletakkan tiga orang juri bagi setiap sidang sehingga sedikit kelewatan berlaku kerana terpaksa menunggu juri yang agak lewat. Terima kasih kepada semua juri yang terlibat daripda peringkat saringan sehingga ke peringkat akhir.

Laporan Kategori Bahasa Inggeris bakal menyusul.

-WHO SAYS ENGINEERS CAN'T DEBATE-


0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals