Beberapa Perbezaan Di Antara Wordpress dan Blogger.

Dipetik daripada blog kenalan admin.


Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada saya bagi melakukan modifikasi ke atas beberapa buah blog telah saya sempurnakan walaupun masih ada beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki. Ini kerana kebanyakan daripadanya (perkara yang belum siap) tidak dapat dilaksanakan di tempat kerja disebabkan capaian internet yang terlalu terhad (serta ‘halangan’ daripada memasuki blogger.com). Insya Allah, akan saya cuba selesaikan secepat yang mungkin.






Ok, apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang beberapa perbezaan ketara antara blog yang menggunakan platform wordpress dan blogger. Perkara inilah yang pada awalnya sedikit mengelirukan saya, tetapi setelah mengambil masa yang agak lama ‘bermain-main’ dengan kedua-dua platform ini, akhirnya segala perbezaan itu tidak menjadi halangan besar buat saya.


Wordpress menggunakan theme manakala blogger tetap dengan istilah template untuk struktur webnya. Ketika blogger dengan format xhtml dan xml (blogger baru), wordpress pula menggunakan struktur css dan php yang jauh berbeza. Pengguna blogger hanya perlu melakukan ubahsuai ke atas satu (dan hanya satu) template xml, sedangkan, bagi pengguna wordpress seperti saya, terdapat satu template css dan sekurang-sekurangnya 8 template dalam bentuk php membentuk sebuah theme (template bagi blogger) dan perlu diubahsuai sekiranya saya ingin melakukan proses modifikasi.


Pada bahagian penulisan entri, wordpress merupakan platform yang menggunakan kaedah ‘grouping’ entri-entri di dalam bentuk ‘categories’. Kemudian, blogger (ketika itu versi beta) mula menyediakan kemudahan yang sama tetapi dengan nama ‘label’. Keduanya punya fungsi yang sama. Terbaru, wordpress mempertingkatkan kemudahcapaian enrti-entri yang ditulis dengan memasukkan fungsi tags (atau sesetengah orang biasa dengan nama tag cloud).



Apa lagi ya…


Blogger menggunakan istilah element bagi mentakrifkan item-item tambahan yang boleh ditambah pada bahagian sidebar. Dengan fungsi yang sama, wordpress menggunakan istilah widget, dan widget ini boleh dimuat turun dengan mudah daripada beberapa laman web yang menyediakan kemudahan muat turun widget.



Ketika ramai yang menganggap terdapat banyak persamaan di antara kedua-dua platform, wordpress sebenarnya platform untuk ‘advance users’ kerana wordpress menawarkan banyak kemudahan pengurusan blog (blogging management tools) yang tidak terdapat pada platform blogger. Dalam erti kata lain, wordpress agak kompleks dan tidak bersesuaian bagi mereka yang suka menulis dengan santai.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cubalah menggunakan wordpress di wordpress.com. Tetapi sebab utama saya memilih wordpress bukan kerana semua di atas, sebaliknya kerana theme (atau template) wordpress jauh lebih menarik dan kreatif (heavilly and professionally designed) berbanding template-template blogger (aka blogspot!) hehe.



Wassalam.

2 comments:

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI said...

oit selalulah gak melawat blog aku..aku pun baru sahaja membaikpulih blog aku hahaha...alamat kekal sama
"www.izzuddinrosli.blogspot.com"

juga kelab orator udm
"www.oratorudm.blogspot.com"

Anonymous said...

BLOG KELAB ORATOR UDM JUGA TELAH BERTUKAR KE LAMAN YANG BARU IAITU DI:

"www.oratorudm.wordpress.com"

lawatinya k. blog yang lama dah tutup k.

ps-dimana sahaja kita berkarya tujuan tetap sama iaitu...pk sendiri.hehe

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals