Debat Perpaduan & Integrasi Nasional

Bagi kami Pendebat Universiti Malaysia Pahang (UMP), bahang kehangatan Pertandingan Debat Perpaduan & Integrasi Nasional yang berlangsung di UMP masih pun belum hilang.

Namun buat kali berikutnya, surat jemputan untuk menyertai debat tersebut telah pun di terima awal minggu ini. Debat Perpaduan & Integrasi Nasional kali ke empat ini akan berlangsung nun di utara, di Universiti Utara Malaysia.

Seperti biasa, syarat yang telah ditetapkan bagi setiap pasukan ialah mempunyai lebih daripada satu bangsa.

Pada tahun ini, pertandingan ini akan dijalankan ketika hampir semua mahasiswa di universiti tempatan khususnya universiti awam sedang bercuti. Ia akan berlangsung daripada 20 Mei sehingga 24 Mei 2008.

Ini merupkan debat kedua dengan kerjasama MADUM pada tahun ini selepas Debat Perdana Integriti di USM. Seperti biasa debat tema seperti ini akan diadili oleh penganjur pertandingan ini iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama hakim –hakim MADUM. Maka isu –isu berkaiatan perpaduan dan keselamatan negara perlulah dan wajar di tekankan oleh semua pendebat.

Untuk rekod, Johan ketika UMP menjadi tuan rumah telah disandang oleh Universiti Teknologi MARA dan Naib Johan telah disandang oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIAPAKAH JOHAN PADA TAHUN INI?

1 comments:

izzuddin-orator udm said...

salam..kepada moderator blog kelab orator ump, mtk tlg yer..

blog kelab orator udm telah berpindah ke blog yangbaru iaitu di alamat:

"http://oratorudm.wordpress.com"

mtk tlg yer...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals