Debat Perpaduan & Integrasi Nasional

Bagi kami Pendebat Universiti Malaysia Pahang (UMP), bahang kehangatan Pertandingan Debat Perpaduan & Integrasi Nasional yang berlangsung di UMP masih pun belum hilang.

Namun buat kali berikutnya, surat jemputan untuk menyertai debat tersebut telah pun di terima awal minggu ini. Debat Perpaduan & Integrasi Nasional kali ke empat ini akan berlangsung nun di utara, di Universiti Utara Malaysia.

Seperti biasa, syarat yang telah ditetapkan bagi setiap pasukan ialah mempunyai lebih daripada satu bangsa.

Pada tahun ini, pertandingan ini akan dijalankan ketika hampir semua mahasiswa di universiti tempatan khususnya universiti awam sedang bercuti. Ia akan berlangsung daripada 20 Mei sehingga 24 Mei 2008.

Ini merupkan debat kedua dengan kerjasama MADUM pada tahun ini selepas Debat Perdana Integriti di USM. Seperti biasa debat tema seperti ini akan diadili oleh penganjur pertandingan ini iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama hakim –hakim MADUM. Maka isu –isu berkaiatan perpaduan dan keselamatan negara perlulah dan wajar di tekankan oleh semua pendebat.

Untuk rekod, Johan ketika UMP menjadi tuan rumah telah disandang oleh Universiti Teknologi MARA dan Naib Johan telah disandang oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIAPAKAH JOHAN PADA TAHUN INI?

"PecaH KepaLA"

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Minggu pecah ‘kepala kembali’ lagi. Itulah istilah paling sesuai buat mahasiswa UMP untuk minggu ini. Di tangan hampir keseluruhnan mahasiswa Ump pasti ada nota atau buku untuk di baca walau ruang waktu yang seketika. Baru terasa berada di ‘Taman Ilmu’

Minggu hadapan bermula ‘Final Exam’ untuk semsetr 2 2007/2008. Bermula 28 April 2008 sehinggalah 9 Mei 2008. Selepas itu seperti biasa akan horelah semuanya .

Semua mahasiswa bertungkus lumus mempersiapkaan diri untuk kali terakhirnya sebelum memasuki dewan peperiksaan. Ada yang hanya mengambil satu paper dan yang tertinggi mengambil enam paper. Dasyat juga rasanya

Baiklah akhirnya seluruh warga Kelab Orator UMP mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat maju jaya semuanya. G00d Luck.

Hiasan - Ucapan daripada Chemical Engineering Society (CHEST)


Pertandingan Debat Sepanjang Cuti Semester

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut disenaraikan empat jemputan pertandingan debat yang telah diterima :

1. Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2008

Tarikh : 15 ý 18 Mei 2008

Tempat : UiTM Terengganu

Kategori : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris



2. ýOccupational Safety & Healthý Intervasity Debating Tournament 2008

Tarikh : 23 -25 Mei 2008

Tempat : UiTM Pulau Pinang

Kategori : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris



3. Great Serdang Debating Championship 2008

Tarikh : 22 ý 26 Mei 2008

Tempat : Universiti Putra Malaysia

Kategori : Bahasa Inggeris


4. Arau Open 2008

Tarikh : 13 -17 Jun 2008

Tempat : UiTM Perlis

Kategori : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Presiden (0132003951)


PENUTUPAN SEMENTARA WAKTU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa bog ini di tutup buat sementara waktu sehinggalah kerja-kerja pengubahsuaian ke atas bolg ini selesaikan dijalankan.

Segala kesulitan matlah dikesali.

Harap Maklum.

Beberapa Perbezaan Di Antara Wordpress dan Blogger.

Dipetik daripada blog kenalan admin.


Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada saya bagi melakukan modifikasi ke atas beberapa buah blog telah saya sempurnakan walaupun masih ada beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki. Ini kerana kebanyakan daripadanya (perkara yang belum siap) tidak dapat dilaksanakan di tempat kerja disebabkan capaian internet yang terlalu terhad (serta ‘halangan’ daripada memasuki blogger.com). Insya Allah, akan saya cuba selesaikan secepat yang mungkin.






Ok, apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang beberapa perbezaan ketara antara blog yang menggunakan platform wordpress dan blogger. Perkara inilah yang pada awalnya sedikit mengelirukan saya, tetapi setelah mengambil masa yang agak lama ‘bermain-main’ dengan kedua-dua platform ini, akhirnya segala perbezaan itu tidak menjadi halangan besar buat saya.


Wordpress menggunakan theme manakala blogger tetap dengan istilah template untuk struktur webnya. Ketika blogger dengan format xhtml dan xml (blogger baru), wordpress pula menggunakan struktur css dan php yang jauh berbeza. Pengguna blogger hanya perlu melakukan ubahsuai ke atas satu (dan hanya satu) template xml, sedangkan, bagi pengguna wordpress seperti saya, terdapat satu template css dan sekurang-sekurangnya 8 template dalam bentuk php membentuk sebuah theme (template bagi blogger) dan perlu diubahsuai sekiranya saya ingin melakukan proses modifikasi.


Pada bahagian penulisan entri, wordpress merupakan platform yang menggunakan kaedah ‘grouping’ entri-entri di dalam bentuk ‘categories’. Kemudian, blogger (ketika itu versi beta) mula menyediakan kemudahan yang sama tetapi dengan nama ‘label’. Keduanya punya fungsi yang sama. Terbaru, wordpress mempertingkatkan kemudahcapaian enrti-entri yang ditulis dengan memasukkan fungsi tags (atau sesetengah orang biasa dengan nama tag cloud).



Apa lagi ya…


Blogger menggunakan istilah element bagi mentakrifkan item-item tambahan yang boleh ditambah pada bahagian sidebar. Dengan fungsi yang sama, wordpress menggunakan istilah widget, dan widget ini boleh dimuat turun dengan mudah daripada beberapa laman web yang menyediakan kemudahan muat turun widget.



Ketika ramai yang menganggap terdapat banyak persamaan di antara kedua-dua platform, wordpress sebenarnya platform untuk ‘advance users’ kerana wordpress menawarkan banyak kemudahan pengurusan blog (blogging management tools) yang tidak terdapat pada platform blogger. Dalam erti kata lain, wordpress agak kompleks dan tidak bersesuaian bagi mereka yang suka menulis dengan santai.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, cubalah menggunakan wordpress di wordpress.com. Tetapi sebab utama saya memilih wordpress bukan kerana semua di atas, sebaliknya kerana theme (atau template) wordpress jauh lebih menarik dan kreatif (heavilly and professionally designed) berbanding template-template blogger (aka blogspot!) hehe.



Wassalam.

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2007


Jika sebelum ini, admin ini banyak membincangkan mengenai isu-isu politik, kini kita beralih arah sedikit ke kehangatan industri seni tanah air. Namun admin sekadar memaparkan keputusan yang di perolehi daripada Berita Harian Online.



Bintang Paling Popular: MAWI


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : M. NASIR


Pelakon Filem Lelaki Popular: RUSDI RAMLIE


Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA


Penyanyi Lelaki Popular: MAWI


Penyanyi Wanita Popular: DATUK SITI NURHALIZA


Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI


Artis Berkumpulan/Duo Popular: SOFAZ


Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR


Pelakon TV Wanita Popular: DYNAZ


Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK


Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY


Artis Baru Lelaki Popular: DAFI AF5


Artis Baru Wanita Popular: MILAH AF5


Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI


Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA


Penyampai Radio Lelaki Popular: FIZAL ISMAIL


Penyampai Radio Wanita Popular: FARAH FUZANA


Untuk bulan April 2008 ini bakal dianjurkan pula Anugerah Industri Muzik ke 15. Buat julung-julung kalinya Ketua Juri telah dilantik bagi menangani kentroversi penghakiman yang biasanya timbul dan sering dipertikaikan selepas AIM berlangsung. Untuk tahun ini, Ramlie MS yang juga merangkap Pengetua Akademik Fantasia 6 dilantik sebagai Ketua Juri. Nantikan AIM ke 15.

PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dek kerana bersedia untuk berperang tinta sejurus selesai Debat NC ’08, maka admin tidak dapat update berkaitan Debat NC’08. Lebih-lebih lagi hampir semua MT ialah fakulti yang sama menyebabkan masa untuk menulis amatlah tidak mengizinkan.

Namun alhamdullilah ada sedikit ruang dan masa untuk update serba sedikit Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2008.

Pertandingan Akhir

Pada pertandingan akhir ini, telah menemukan ‘tuan rumah’ Kelab Orator UMP dan Institution Engineering of Malaysia UMP Student Section.

Orator membariskan, Masita Md. Shah selaku Perdana Menteri, Nur Muhammad Afifi bin Zainal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Nur Effendy bin Mat Rejab selaku Menteri Pertahanan. Manakala IEM membariskan Saiful bin Suliman selaku Ketua Pembangkang, Ahmad Faiz sabagai Timbalan Ketua Pembangkang dan Mohd Norazam bin Md Aris sebagai Pembangkang Pertama.

Usul ‘Jurutera Kita Hanya Pada Nama’ telah ditolak oleh juri dengan margin 3.333 dan juri 3-2.

Pada tahun ini, hadiah wang tunai bagi pemenang pertama dan kedua telah ditingkatkan daripada RM 400 kepada RM 600 dana RM 200 kepada RM 400. Selain wang tunai, pemenang juga membawa pulang sijil, cenderamata serta piala pusingan.

Agak menarik pada malam pertandingan akhir ini ialah, gabungan kumpulan okestra, koir dan kompang yang menawarkan diri untuk membuat persembahan selingan. Terima kasih.

Teks ucapan YH Dato’ Naib Canselor telah di bacakan oleh YBhg. En. Mustafar bin Zainuddin, Pendaftar UMP. YH Dato’ NC tidak dapat hadir kerana mengadakan perjumpaan bersama Menteri KPT yang baru di Kuala Lumpur.

Pusingan Saringan

Alhamdullilah pada perlawanan tahun ini, 10 pasukan Bahasa Melayu dan 6 pasukan Bahasa Inggeris telah menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut ialah :

Bahasa Melayu :

- Chemical Engineering Society A

- Chemical Engineering Society B

- Tekwando A

- Tekwando B

- Majlis Perwakilan Pelajar

- Institution Engineering of Malaysia

- Kelab In-Smartive

- Electric Electronic Engineering Society

- Kelab Orator

- Kelab Sukan Ekstreme

Bahasa Inggeris :

- Umum 1

- Umum 2

- Umum 3

- Chemical Engineering Society

- Kelab Perpaduan

- Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruetraan Awam & Sumber Alam

-

Empat pusingan awal telah diadakan bagi kategori Bahasa Melayu. Usul-usul santai diberikan lebih awal kepada peserta bagi memboleh kan para peserta mencari fakta yang bersesuaian untuk usul-usul tersebut.

Setelah melihat kepada kualiti setiap pusingan semakin meningkat, maka pusingan suku akhir diteruskan bagi mencari pemenang yang terbaik dikalangan terbaik. Lapan pasukan berentap bagi melayakkan diri ke perlawanan seterusnya. Berikut merupakan perlawnan suku akhir:

KERAJAAN

PEMBANGKANG

PEMENANG

EEES

MPP

EEES

CHEST B

Kelab In-Smartive

Kelab In-Smartive

Kelab Sukan Ekstreme

Kelab Orator UMP

Kelab Orator UMP

IEM

Tekwando B

IEM

Setelah berhempas pulas pada pusingan suku akhir, empat pasukan telah layak ke peringkat separuh akhir :

KERAJAAN

PEMBANGKANG

PEMENANG

EEES

IEM

IEM

Kelab In-Smartive

Kelab Orator UMP

Kelab Orator UMP

Maka dengan itu, bermakna ‘tuan rumah’ vs IEM di pentas akhir.

Juri

Pada pusingan pertama (Jumaat 28 Mc 2008,9.00 malam) kehadiran juri amat menggalakkan. Setiap perlawanan mampu untuk pihak urusetia meletakan 3 juri. Namun pada hari berikutnya, pihak urusetia terpaksa menjalankan ‘supreme judge’ kerana kekurangan juri yang ketara.

Namun pusingan suku dan separuh akhir, setiap perlawanan telah diusahakan untuk meletakkan tiga orang juri bagi setiap sidang sehingga sedikit kelewatan berlaku kerana terpaksa menunggu juri yang agak lewat. Terima kasih kepada semua juri yang terlibat daripda peringkat saringan sehingga ke peringkat akhir.

Laporan Kategori Bahasa Inggeris bakal menyusul.

-WHO SAYS ENGINEERS CAN'T DEBATE-


 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals