Pesta Cakna Hujah (PECAH) 2011


Pada 24-26 June 2011, Alumni Debat IPT Malaysia (ADI) telah mengadakan Bengkel Debat PECAH bertempat di Universiti Putra Malaysia. Kelab ORATOR Universiti Malaysia Pahang telahpun menghantar 13 orang delegasi ke pertandingan debat berkenaan dengan Saudara Amirul Hafiz selaku ketua kontinjen.



Mereka telah tiba di tempat kejadian pada awal petang pada hari Jumaat, manakala, Saudara Qusyairi Hashim tiba lewat petang setelah menyelesaikan obligasi di tempat yanng berbeda. Wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang, Qamaruddin Mohd Fauzi telah membuat penampilan istimewa pada lewat malam hari Jumaat berkenaan. Beliau tiba di UPM setelah selesai Mesyuarat bersama wakil besar kerajaan,

Turut diadakan pada ketika bengkel ini adalah Pertandingan Pidato Kepenggunaan, Universiti Malaysia Pahang telah diwakili oleh dua bakat baru yang sedang menyinar, Loshyini Dewi dan juga Atikah.

Pada hari terakhir, telah diadakan Pertandingan Debat bagi kategori beginner. Universiti Malaysia Pahang telah diwakili oleh dua bakat yang sedang menyerlah, Saudara Amirul Hafiz dan Azwan Affandi. Mereka telah berganding dengan pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi membentuk kesatuan An-Nuur.





Saudara Qamaruddin Fauzi ketika menerima anugerah pendebat terbaik

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals