
Berikut merupakan senarai usul Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Perak pada 22-26 Julai 2011.
- Model Ekonomi Baru: satu angan-angan.
- Demonstrasi jalanan menggugat kestabilan negara.
- Pemerkasaan perpaduan rakyat: pelan transformasi ekonomi jawapannya.
- Konsep kesederhanaan pelengkap gagasan 1Malaysia.
- Meja bulat 1 Malaysia platform kestabilan hubungan antara kaum.
- Dialog antara agama perkukuh integrasi nasional.
- Isu perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
- Malaysia perlukan ideologi pluralisme.
- 1 Malaysia ancaman kepada ketuanan Melayu.
- Gagasan 1 Malaysia bukan Malaysian Malaysia.
- Akta Hasutan ubat luput tarikh.
- Isu perpaduan hanya rekaan ahli politik.
- Dewan mencadangkan penggunaan undang-undang sebagai alat perpaduan.
- Akhbar mengikut etnik menjejaskan integrasi nasional.
- EKUINAS suatu liabiliti.
- Orang Melayu perlu dibuang tongkatnya.
- Malaysia perlukan model perpaduan baru.
- Dewan ini menyokong keutamaan kepada negara berbanding bangsa.
- Isu perpaduan: media arus perdana dalangnya.
- Representasi kaum dalam kabinet tidak penting lagi.
- Parlimen mahasiswa cuma wajah baharu.
- Rukun Negara sudah tidak rukun.
- Pendidikan dan perpaduan, seiring tidak sehaluan.
- 1 Juta Belia hanya angka.
0 comments:
Post a Comment