kata-kata aluan




Assalamualaikum & salam sejahtera.
terima kasih di ucapkan kepada anda yang sudi untuk datang ke blog KELAB ORATOR UMP. Melalui blog inilah anda akan mengetahui segala aktiviti yang di jalankan oleh kelab orator UMP. Semoga anda akan mendapat manfaat dan pengetahuan melalui blog ini.

selamatkan bumi kita!!!

Assalammualaikum w.t.h & selamat sejahtera.

Untuk pengetahuan seluruh warga UMP, World Wildlife Fund ataupun lebih dikenali sebagai WWF. Pertubuhan ini adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan tentang alam semulajadi.


APA YANG DILAKUKAN OLEH WWF MASA INI...

WWF sedang melancarkan kempen menutup lampu pada 28 MAC 2009. Di Malaysia, Menara Kuala Lumpur akan menutup lampu pada jam 8.30 malam selama sejam bagi menunjukkan sokongan kepada kempen ini. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pemanasan global.


Kelab Orator UMP telah pun menyertai serta menyokong kempen ini dan kami juga mengajak anda semua untuk menyertai kempen ini. Tunjuklah rasa sayang kita kepada bumi yang kita pijak ini. Maklumat lanjut bolehlah dirujuk di laman web ini iaitu www.earthhour.org.



Wassalam.Terima Kasih.

PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE



0 comments: