PABM 2009: milik MALAYSIA & KEMBOJA


Assalamualaikum & salam sejahtera...

pada 6 MAC 2009 bersamaan hari ahad.
bertempat di PICC...
satu pertandingan PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2009 telah pun berlangsung.
malam itu adalah malam final yang mana 3 wakil terbaik daripada NUSANTARA & 5 wakil daripada ANTARABANGSA.

wakil MALAYSIA di wakili oleh saudara Shamsul bin Salleh(UPM)....
orator telah menghantar 1 bus rombongan ke PICC untuk menyaksikan pertandingan tersebut...
memang meriah dan ramai pelajar2 dari peringkat menengah hingga ke IPT datang untuk menyaksikan pertandingan pidato tersebut yang telah berlangsung semenjak seminggu lagi di UM untuk peringkat saringan.

kesemua peserta FINAL tersebut telah menunjukkan persembahan yang cukup menarik & hebat sekali sehingga memukau ramai penonton...terutama sekali apabila peserta-peserta daripada luar negara berpidato dalam bahasa ibunda kita sendiri...dan pastinya kesemua yang menonton FINAL malam itu samada di rumah ataupun di dewan tersebut pastinya akan merasa bangga dengan bahasa melayu kita sendiri....

untuk keputusan keseluruhan:

KATEGORI NUSANTARA
1. Shamsul bin Salleh (Malaysia)-really proud of him
2. Margaretha Chrisna Sari (Indonesia)
3. Kamaruzaman bin Abd Jalil

KATEGORI ANTARABANGSA
1. Novavy Sleh
2. Ayleen O'Honlon
3. Shavira Alaydrus

tahniah buat kesemua pemenang, terutamanya syamsul kerana telah berjaya mengharumkan nama negara. sememangnya anda layak untuk menang kerana telah menunjukkan persembahan yang cukup hebat dan mantap.TAHNIAH!!!

di bawah adalah sedikit kenangan sepanjang berada di sana....













TAHNIAH sekali lagi....
di harapkan pertandingan seperti ini akan sentiasa di adakan bagi MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU agar tidak terus di telan zaman...

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals