Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam Ramadhan untuk semua…
Mungkin agak terlambat blog ini untuk mengupdate. Seperti biasa alasan yang masih dan kekal sama, sibuk dengan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Seperti biasa mingu test kembali, bukulah tempat meluahkan segalanya.
Baiklah, untuk makluman semua, Orator UMP juga telah bersama tujuh universiti(UPM,UKM,MMU,UTP,UNITAR,UNITEN,UiTM) lain telah menjayakan PERAMAH 2008. Kredit diberikan kepada tuan rumah Universiti Putra Malaysi (UPM) dan penganjur bersama Multimedia Universiti (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana merancang program seumpamanya seperti ini.
UMP telah di wakili oleh seramai 14 pendebat yang terdiri daripada senior dan junior. Gabungan ini adalah wajar bagi memberi penerangan dan penjelasan serta tunjuk ajar kepada pendebat-pendebat muda ini ketika sesi perlawanan berlangsung.
Tahniah kepada pendebat muda UMP yang berani untuk tampilkan diri untuk on stage bersama senior dalam friendly match yang diadakan. Adalah diharapkan pengalaman yang berguna ini dapat dimanfaatkan untuk dikongsi bersama rakan-rakan pendebat yang lain.
Program seperti ini adalah wajar untuk diteruskan bagi memberi pendedahan kepada pendebat-pendebat muda disamping mengeratkan silaturahim dikalangan pendebat IPT.
Wakil UMP :
Mohd Khairul Afizan Harun, Mohd Hafizul bin Mat Rahim, Noor Effendy bin Mat Rejab, Mohd Adam bin Salam, Mhd. Jumain bin Mapplati, Yusrie bin Mohd Yamin, Tito Lamat, Mohd Helmi bin Othman, Mohd Iqram bin Zulkifli, Masita bt. Md. Shah, Nurzalikha Zaini bt Husni Zaini, Suria bt Mahmud, Sharifah Rahimah bt Wan Mahadi, Afidatusshimah bt Hj. Mazlan.
Tidak dilupakan penghargaan buat saudara Azwan bin Ismail yang sudi meluangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk bersama-sama di PERAMAH 2008.
2 comments:
tambahan..
bukan hanya minyak kereta, tenaga, dan masa...
tetapi..
tol, air liur, oksigen, minyak rambut, perfume, solution contact lense... etc etc...
ooo..ya ka..try ko kira semula la...agknya2 RM berapa.?nnt ko claim la dgn gaji ko yg secret 2..?hahahaha..
Post a Comment