IDULFITRI 1429 H




Hari ini Insyaallah, genap seminggu lagi, Ramadhan yang Barakah akan tinggalkan kita. Bulan yang penuh keberkatan ini akan disambung pula dengan Syawal yang Mulia. Namun apa yang lebih penting, pada malam-malam terakhir ini, marilah kita sama-sama untuk membuat pecutan terakhir mencari Lailatul Qadar yang penuh bermakna.

Kesempatan ini, Orator UMP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Idulfitri kepada seluruh warga debat IPT amnya dan warga Orator UMP khususnya. Kedatangan syawal ini bukanlah bermakna untuk kita bersuka ria, tetapi sambutlah dengan rasa penuh kesyukuran dan kesederhanaan kerana kita sebagai Umat Islam berjaya menempuhi Bulan Ramadhan dengan jayanya. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita dapat dieratkan dengan berkongsi ilmu bersama.

Ingatlah, lakukanlah amal ibadat itu seolah-eloh kita akan mati pada esok harinya. Bukan hanya di Bulan Ramadhan yang Barakah namun juga bulan syawal yang bakal kunjung tiba.

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1429H

MAAF ZAHIR & BATIN



0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals