PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Buat julung kalinya Kelab Orator UMP akan mengadakan PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 2008 bagi mencungkil bakat mahasiswa UMP dalam bidang pidato dan forum. Pertandingan ini juga bakal melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuantan. Berikut adalah butiran mengenai pertandingan tersebut ;

Tarikh : 8 & 9 Ogos 2008 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang

Tempat : Blok W


Majlis penutup pula akan diadakan pada ;


Tarikh : 9 Ogos 2008

Masa : 2.00 petang

Tempat : Astaka


Untuk pengetahuan semua, terdapat enam kategori yang akan dipertandingkan. Kategori-kategorinya adalah seperti berikut ;

1. Pidato Bahasa Melayu Mahasiswa UMP

2. Pidato Bahasa Melayu Pelajar Sekolah

3. Pidato Bahasa Inggeris Mahasiswa UMP

4. Pidato Bahasa Inggeris Pelajar Sekolah

5. Forum Bahasa Melayu Mahasiswa UMP

6. Forum Bahasa Melayu Pelajar Sekolah

Setiap kelab dan persatuan diwajibkan untuk menghantar wakil bagi setiap kategori mahasiswa UMP. Surat-surat jemputan telah diedarkan kepada wakil-wakil kelab dan persatuan.

Bagi kelab yang masih belum menerima surat jemputan, bolehlah berhubung dengan saudara Mhd Jumain Mapplati (017-6171732) atau saudari Masita Md Shah (013-9411160) sama ada melalui telefon ataupun memo. Penyertaan daripada mahasiswa yang tidak mewakili mana-mana kelab dan persatuan juga boleh di daftarkan terus sebagai peserta umum.

Tajuk bagi pertandingan pidato akan dikeluarkan dalam masa terdekat manakala bagi kategori forum tajuk adalah bebas namun mestilah bertemakan kemerdekaan. Penyertaan akan ditutup pada 1 Ogos 2008.

Bagi mereka yang kurang berpengalaman tapi berminat, satu demonstrasi pidato dan forum akan diadakan seminggu sebelum pertandingan.

Akhir kata, marilah kita menaikkan nama kelab dan persatuan masing-masing dan mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri kita semua. Segala kerjasama daripada anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE


Masita Md Shah

Pengarah Program

Pertandingan Pidato & Forum Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Kelab Orator UMP

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals