Pelbagai Peristiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah agak lama tidak menulis dek kerana sedikit kesibukan, akhirnya berpeluang juga untuk mencoret sedikit peristiwa yang berlaku terutamanya kepada Kelab Orator UMP dan sekitar UMP.

Ahli Baharu

Selamat datang diucapkan kepada adik-adik yang baharu menjejakan kaki ke UMP dan telah sudi untuk menceburkan diri ke dunia perdebatan ini. Hampir 30 orang pelajar baharu telah menghadiri perjumpaan pertama pada 9 Julai 2008. Buat pertama kalinya UMP akan melahirkan pendebat Bahasa Arab selain kehadiran bakal-bakal pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Syabas dan tahniah kerana mencabar diri adik-adik untuk terjun ke dunia perdebatan ini.

Latihan Debat Alam Sekitar

Bermula 8 Julai 2008, latihan bagi pemilihan wakil universiti ke Debat Alam Sekitar telah berlangsung. Walau dalam kesibukan semua pendebat untuk menguruskan pendaftaran subjek, penyusunan jadual kuliah dan sebagainya, namun para pendebat masih menunjukan komitmen yang tinggi dengan menghadiri latihan yang dijalankan. Diharapkan agar semua pendebat menunjukan prestasi yang tinggi untuk pemilihan ke Debat Alam Sekitar.

Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2008/2009

1 Julai 2008, UMP sekali lagi menerima kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009. Pada tahun ini pengambilan bertambah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Penambahan jumlah pelajar baharu pada tahun ini disebab promosi berterusan oleh pihak UMP ke Pusat Matrikulasi dan sekolah-sekolah di seluruh negara. Pertambahan ini juga adalah kerana pembukaan dua buah fakulti baharu iaitu Fakulti Sains & Teknologi Industri dan Fakulti Kejurutera Pembuatan & Pengurusan Teknologi. Tahniah kerana diterima masuk ke UMP dan syabas kerana memilih bidang kejuruteraan.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals