Debat DiRaja 2012 : Tahniah Pasukan UMP Utama dan Muda

Pada 11 Februari hingga 16 Februari yang lalu telah diadakan Pertandingan Debat Di Raja 2012 yang menyaksikan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tuan rumah. Kelainan telah ditunjukkan pada penganjuran Debat Diraja siri 2012 adalah apabila setiap universiti hanya dibenarkan menghantar satu pasukan bagi masing-masing kategori Utama dan Muda.


Universiti Malaysia Pahang telah diwakili oleh Siti Aishah Mustapha, Muhammad Iqram Zulkifli, Qamaruddin Mohd Fauzi dan Muhammad Qusyairi Hashim bagi pasukan UMP Utama manakala UMP Muda diwakili oleh Mohamad Amirul Hafiz Abd. Hamid, Nuraidatul binti Faisal, Wu Daniel dan Shabnam Parween Saleem.

Pasukan UMP Utama dan Muda

Bagi perjalanan debat Pasukan UMP Utama, mereka telah memenangi lima daripada enam pusingan awal dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir. UMP Utama telah mengalahkan pasukan USIM Utama pada peringkat suku akhir namun telah ditewaskan dengan juri 5-0 kepada Pasukan USM Utama pada peringkat separuh akhir. Muhammad Qusyairi Hashim merupakan pendebat terbaik pada kedua-dua pusingan suku akhir dan separuh akhir.

Manakala, bagi UMP Muda, mereka telah memenangi empat daripada enam pusingan pada pusingan awal. Mereka telah mengalahkan Universiti Teknologi Petronas pada pusingan suku akhir dengan Nuraida Faisal sebagai pendebat terbaik, dan mengalahkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada pusingan separuh akhir dengan Wu Daniel sebagai pendebat terbaik sekaligus melayakkan diri ke Pusingan Akhir Debat Diraja kategori Muda. Dan pada pusingan akhir, UMP Muda telah bertemu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Muda dengan juri 3-4 dan Nuraida dinobatkan sebagai pendebat terbaik sekaligus merangkul kemenangan pertama kali bagi Universiti Malaysia Pahang di pentas akhir kategori muda Debat Diraja.

Selain daripada itu, dua pendebat Universiti Malaysia Pahang turut merangkul anugerah lima pendebat terbaik iaitu Muhammad Qusyairi Hashim (tempat Kedua) dan Siti Aishah (tempat kelima)

Antara gambar sepanjang Debat Diraja




0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals