PETALING JAYA: Kehangatan pilihan raya kampus bagi pengggal pengajian 2008/2009 makin terasa dengan lima buah lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengadakan pilihan raya masing-masing hari ini sedang menanti keputusan.
IPTA berkenaan ialah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Rata-rata proses pengundian di semua IPTA tersebut ditutup pada pukul 5.00 petang tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang pertandingan dibuat bagi merebut 22 kerusi yang dipertandingkan di UDM kerana semua calon yang menawarkan diri menang tanpa bertanding.
Bagi UMP, keputusan awal sudah mengetahui empat calon daripada 2 fakulti telah menang tanpa bertanding.
Keempat-empat calon tersebut adalah daripada Fakulti Elektrik dan Elektronik serta Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.
Setiap fakulti diperuntukan dua kerusi.
Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP, Salman Razemi ketika dihubungi memalumkan pemilihan kali ini mempertandingkan lima kerusi umum dan 10 kerusi fakulti dengan jumlah keseluruhan 15 kerusi.
"Kita ada tujuh fakulti, namun hanya lima daripadanya layak bertanding kerana dua lagi merupakan fakulti baru yang belum layak bertanding," katanya.
Menurut Salman, proses pengundian yang menggunakan sistem e-vote (pengundian dalam talian) mula dijalankan seawal pukul 8.30 pagi tadi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Lebih 4,000 mahasiswa berpeluang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sehingga undian ditutup pada pukul 5 petang.
Mengulas mengenai saingan antara calon yang bertanding, beliau berkata perkara tersebut tidak begitu ketara.
"Saingan bagi merebut kesemua kerus-kerusi berkenaan tidak begitu sengit kerana kami mengambil pendekatan yang sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tidak melabel calon-calon yang bertanding dengan 'proaspirasi' ataupun 'promahasiswa'," katanya.
Tambah beliau rekod terdahulu menunjukkan semua anggota MPP UMP mendokong matlamat universiti dan juga KPT demi menjaga kebajikan mahasiswa.
Sementara itu, UMK hari ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya mengadakan pilihan raya kampus bagi penggal yang baru sejak ia mula beroperasi pada tahun 2007.
Pemilihan kali ini menyaksikan pertandingan merebut sembilan kerusi yang dipertandingkan.
Daripada jumlah itu, tiga merupakan kerusi umum dan enam kerusi fakulti.
Mantan YDP MPP UMK, Mohd Nazri Hanapiah Sudin berkata kehangatan pilihan raya kampus mereka tidak sehebat pilihan raya di IPTA lain.
"UMK kecil, jumlah kerusi juga sedikit. Tapi memandangkan ini kali pertama kami mengadakan pilihan raya, keghairahan mahasiswa untuk keluar mengundi itu amat menggalakkan," katanya.
Beliau berkata, kesemua calon yang bertanding dilihat bersih daripada pengaruh politik luar kampus walaupun universiti berkenaan berada di negeri pembangkang.
"Majoriti mahasiswa UMK menyokong matlamat universiti dan KPT, tapi tak dinafikan ada juga cubaan untuk mempengaruhi daripada masyarakat sekeliling.
"Biasalah kita berada di tempat mereka, tapi perkara ini tidak sampai ke tahap yang serius," katanya.
Waktu pengundian dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
"Kami menggunakan sistem e-vote, jadi mungkin dalam tempoh sejam keputusannya boleh diketahui," katanya.
Sumber :
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/16/mstar_berita/20081016134300&sec=mstar_berita
1 comments:
just give some comments; do u actually believe the world can only exist in 1 party without others being oppose you?? I don't think so. The world created due to the existence of the balance of Pros & Cons;Good & Evil;Govt & Opposition & so on. The world of ideas expand itself because the existence of both items i mentioned. So, To bring up the matter in concern, i'm not prefered this kind of situation because it just bring benefit to one side NOT both sides.Think back Again. Student can't grow well due to this circumstances. Forgive me if was wrong but that's just the whole idea that i thought..thx
Post a Comment