Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah dua minggu bertungkus lumus dalam mengejar kejayaan akademik, kini pendebat UMP mula bertukar ‘channel’ masing-masing. Dihimpunkan di Kolej Kediaman Kedua (lelaki je la) dan ketiga (wanita semua duk cni), latihan diadakan bagi mengambil mood dan mempersiapkan diri ke Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin atau kami kenali sabagai PSZA dan Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2008.
Apa yang dirunsingkan ialah mengenai penganjuran Debat PSZA yang agak sukar dijangka. Usul yang tidak dikeluarkan seperti lazimnya menyebabkan berlaku syakwasangka. Ini kerana mengikut laporan daripada pendebat UMP yang pernah menyertai pertandingan ini,
“Setiap pusingan macam mereka dah tahu usul.Kalu tuan rumah jadi kerajaan, semua pasukan tuan rumah akan hampir sama konsepnya”
Itulah yang menjadi persoalan kami. Adakah benar seperti dakwaan tersebut?Kenapa tidak dikeluarkan sahaja usul seperti lazimnya?
Mengikut butir perbualan melalui telefon yang telah dibuat kepada pihak penganjur mereka hanya akan memberitahu usul semasa waktu briefing atau sebelum bermula pertandingan. Kata beliau lagi, usul tidak dapat dikeluarkan segera seperti lazimnya kerana ada bantahan daripada pihak lain.
Agak pelik, siapa pihak tersebut tidak dinyatakan?Jika pihak tersebut sememangnya biasa bergelumang dengan dunia debat, kami tidak rasa berlaku bantahan sedemikian rupa. Atau ada “udang kering sambal bilis’ di sebaliknya. Hanya orang-orang tertentu yang boleh menjawabnya.
Walau apa pun Orator tetap menghantar wakil. Latihan dan usaha telah dijalankan, akhirnya kita serah jua kepada yang Maha Esa. Kalau adanya berlaku ketidaktelusan dalam penganjuran, maka kami yakin walaupun telah lapan kali penganjuranya, suatu hari nanti tetap terbongkar rahsia tersebut (kalu ada la).
Tidak lupa juga kepada pasukan Debat Perpaduan, buat sehabis baik dalam pertandingan kali ini. Tunjukan kemampuan sebenar anda.Jangan sia-siakan peluang yang di beri.
Selamat berjuang juga kepada semua pendebat seluruh Malaysia. Berjumpa di puncak kejayaan.
3 comments:
agak pelik...seorg pendebat tidak PANDAI utk menggunakan ejaan yg betul dlm karangannya...hanya pandai berkata-kata, padanlah UMP xdpt pergi jauh...asyik2 kalah...bosan...buang duit UMP je...penggunaan bahasa pun salah, mcmn nak menang...PELIK!!!
opsss....kaedahnya berdebat bukan mengeja satu persatu, kita berdebat dengan suara dan ayat,dan mengeluarkan fakta kes yang berkesan, bukan fakta kes pun kita duk mengeja satu -satu..tak tahu lah kalu anda berbuat demekian..kesian..
apa yang nak dikisahkan sangat pasal ejaan, yang penting maksud ayat tersebut sampai, kenapa anda tidak juga tinggalkan komen dalam berita harian online ka , utusan online ka yang memang di baca oleh hampir seluruh rakyat malaysia yang juga mempunyai kesalahan ejaan,
anda perlu berfikir dengan lebih matang, isu ejaan hanya isu picisan, namun kalau ada orang seperti anda ni lah memang boleh rosakan orang lain.
apa yang saya rasa, hati anda ini ada sedikit kebusukan...maka saya sarankan untuk anda bemuhasabah diri sendiri sebelum untuk menegur orang lain, dan yang paling penting dalam islam kita di ajar untuk menegur dengan secara berhikmah..namun anda tidak berbuat demikian,tetapi dengan ayat yang kasar.mungkin cetek pengetahuan agama, saya sarankan untuk belajar lah ilmu agama dengan lebih mendalam walaupun ia hanyalah fardhu kifayah.
Assalamualaikum wbt.
Saya memperkenalkan diri sebagai Zarul dr UiTM. Sekarang di UiTM Shah Alam sebelum ini di UiTM Terengganu.
Terima kasih kerana sudi menghantar pasukan untuk PDPSZA saban tahun dan semoga terus menyokong penganjuran ini. Untuk pengetahuan rakan2 di UMP dan lain2 IPT yang menyertai PDPSZA usul yang dibuat memang tidak pernah diberi pada mana2 pendebat UiTM. Untuk penganjuran yang baru sahaja lepas saya diamanahkan sebagai pembantu kepada ketua hakim dan saya hanya mendapat usul untuk di taip pada malam sebelum pertandingan. Sepanjang saya berdebat untuk PDPSZA juga saya dan rakan2 tidak pernah mendapat usul awal. Menjawab beberapa persoalan yang timbul?
KONSEP KERAJAAN SAMA = seperti semua maklum PIZA tidak meletakkan syarat close discussion sebaliknya open discusion. jadi kebarangkalian konsep yang sama adalah besar kerana pasti perbincangan bersama akan dibuat oleh sesama pasukan.
SYAKWASANGKA = saya pernah menyuarakan pada penasihat tentang perkara ini kerana. Tetapi pihak penasihat masih percaya bahawa PIZA perlu terus dengan usul yang diumum 30minit sebelum pertandingan. untuk rekod sebelum ini debat intervasiti IPT juga adalah seperti ini.
rakan2 pendebat UMP= untuk pengetahuan,penasihat kami memang seorang yang sangat amanah dan tidak pernah memberi usul awal. semua usul adalah dibuat oleh beliau kemudian akan diberi kepada penganjur malam sebelum pertandingan dan ketua hakim yang tidak ada kepentingan mana2 pihak akan memilih usul yang relevan atau mengedit usul supaya lebih sesuai. Malah, semasa pertemuan akhir UITM Terengganu bertemu uitm terengganu juga penasihat tidak memberi usul awal walaupun dicadangkan oleh beberapa pihak. Tahniah buat saudara Adam Salam yang dipilih sebagai pendebat terbaik keseluruhan PDPSZA. selamat berdebat dan Sekian tq.
Post a Comment