
Pada 11 Februari hingga 16 Februari yang lalu telah diadakan Pertandingan Debat Di Raja 2012 yang menyaksikan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tuan rumah. Kelainan telah ditunjukkan pada penganjuran Debat Diraja siri 2012 adalah apabila setiap universiti hanya dibenarkan menghantar satu pasukan bagi masing-masing kategori Utama dan Muda.
Universiti Malaysia Pahang telah diwakili oleh Siti Aishah Mustapha, Muhammad Iqram Zulkifli, Qamaruddin Mohd Fauzi dan Muhammad Qusyairi Hashim bagi pasukan UMP Utama manakala UMP Muda diwakili oleh Mohamad Amirul Hafiz Abd. Hamid, Nuraidatul binti Faisal, Wu Daniel dan Shabnam Parween Saleem.
Pasukan UMP Utama dan Muda
Bagi perjalanan debat Pasukan UMP Utama, mereka telah memenangi lima daripada...