Showing posts with label Pidato. Show all posts
Showing posts with label Pidato. Show all posts

Banner Sempena Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010



Tambahan Pidato Kemerdekaan 2010

mohon maaf atas kesulitan...

perhatian kepada semua universiti yang akan ke pertandingan pidato kemerdekaan...
tajuk untuk ketegori bahasa inggeris adalah sama seperti tajuk bagi ketegori bahasa melayu....

ini merupakan senarai tajuk pidato kemerdekaan bahasa melayu...
ketegori bahasa inggeris hanya alih tajuknya kepada bahasa inggeris...

Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010


Untuk perhatian semua rakan -rakan, Universiti Malaysia Pahang telah diberi mandat sebagai tuan rumah Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010.

Justeru itu,semua IPTA & IPTS yang telah mendapat surat jemputan bolehlah menghantar pengesahan dan senarai wakil bagi kategori BM dan BI kepada.
u/p : En. Mohd Ferdaus bin Musa
Jabatan Hal Ehwal Pelajar& Alumni,
 Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
no tel: 09-5492545
no faks: 09-5492535


Butiran Pertandingan adalah seperti berikut:

Pendaftaran Peserta,Pegawai Pengiring &Hakim;
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 11.00AM-1.00PM
Tempat : Bukit Gambang Resort

Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010;
Tarikh : 4 & 5 Oktober 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa : Rujuk  Tentatif Pertadingan
Tempat : BM - ASTAKA UMP Gambang
              BI - WDKU UMP Gambang
              Akhir BM&BI - ASTAKA UMP Gambang

Berikut merupakan Tajuk Pidato Kemerdekaan (BM), Tentatif  Pertandingan & Peraturan

senarai tajuk pidato ketegori bahasa melayu

tentatif program sepanjang 3 hari pertandingan

berikut syarat pertandingan pidato kemerdekaan



PABM 2009: milik MALAYSIA & KEMBOJA


Assalamualaikum & salam sejahtera...

pada 6 MAC 2009 bersamaan hari ahad.
bertempat di PICC...
satu pertandingan PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2009 telah pun berlangsung.
malam itu adalah malam final yang mana 3 wakil terbaik daripada NUSANTARA & 5 wakil daripada ANTARABANGSA.

wakil MALAYSIA di wakili oleh saudara Shamsul bin Salleh(UPM)....
orator telah menghantar 1 bus rombongan ke PICC untuk menyaksikan pertandingan tersebut...
memang meriah dan ramai pelajar2 dari peringkat menengah hingga ke IPT datang untuk menyaksikan pertandingan pidato tersebut yang telah berlangsung semenjak seminggu lagi di UM untuk peringkat saringan.

kesemua peserta FINAL tersebut telah menunjukkan persembahan yang cukup menarik & hebat sekali sehingga memukau ramai penonton...terutama sekali apabila peserta-peserta daripada luar negara berpidato dalam bahasa ibunda kita sendiri...dan pastinya kesemua yang menonton FINAL malam itu samada di rumah ataupun di dewan tersebut pastinya akan merasa bangga dengan bahasa melayu kita sendiri....

untuk keputusan keseluruhan:

KATEGORI NUSANTARA
1. Shamsul bin Salleh (Malaysia)-really proud of him
2. Margaretha Chrisna Sari (Indonesia)
3. Kamaruzaman bin Abd Jalil

KATEGORI ANTARABANGSA
1. Novavy Sleh
2. Ayleen O'Honlon
3. Shavira Alaydrus

tahniah buat kesemua pemenang, terutamanya syamsul kerana telah berjaya mengharumkan nama negara. sememangnya anda layak untuk menang kerana telah menunjukkan persembahan yang cukup hebat dan mantap.TAHNIAH!!!

di bawah adalah sedikit kenangan sepanjang berada di sana....













TAHNIAH sekali lagi....
di harapkan pertandingan seperti ini akan sentiasa di adakan bagi MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU agar tidak terus di telan zaman...

Pidato Kemerdekaan 2008

Ashwin Charels Benedict bukanlah nama asing dalam arena perdebatan di Pantai Timur. Beliau menguasi arena perdebatan IPT dalam kategori Bahasa Inggeris.


Johan Debat PSZA 2008 ini telah berjaya sekali lagi membawa nama UMP sebaris dengan universiti-universiti yang lebih tersohor. Pemilihan beliau bagi mewakili UMP ke Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2008 bagi kategori Bahasa Inggeris membawa hasil yang bermakna.

Beliau telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan. Ini merupakan percapaian tertinggi UMP dalam arena pidato bagi kategori Basaha Inggeris antara IPT.


Untuk rekod, pertandingan saringan telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 15-17 Ogos 2008 dan Peringkat Akhir telah diadakan di UPM pada 26 Ogos 2008. Tahniah diucapkan kepada Ashwin dan UMP.

p/s: maaf, tidak dapat untuk sertakan gambar. Semua gambar masih berada dengan Encik R.

Pidato Kemerdekaan MADUM

PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN ANTARA IPT 2008

(BAHASA MELAYU)

Tempat: Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Tarikh: 15 – 17 Ogos 2008

UMP telah menghantar dua wakil masing-masing Mohd Adam bin Salam bagi kategori Bahasa Melayu dan Ashwin Charles Benedict bagi kategori Bahasa Inggeris.

Keputusan

Bagi kategori Bahasa Melayu, UMP hanya di peringkat saringan. Namun tahniah buat Mohd Adam kerana telah berusaha melakukan yang terbaik. Tambahan pula ini merupakan kali pertama beliau menjadi pemidato. Semoga pengalaman ini diambil sebagai kemajuan masa hadapan.

Bagi ketegori Bahasa Inggeris, UMP telah berjaya ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 26 Ogos 2008. Pada peringkat saringan yang diadakan pada 16 Ogos 2008. Ashwin telah berjaya menduduki tempat ketiga. Manakala pada peringkat separuh akhir pada 17 Ogos 2008, beliau telah berjaya untuk mengungguli tempat pertama seterusnya mara ke peringkat akhir.

TAHNIAH ADAM DAN ASHWIN.

SYABAS ASHWIN. BUAT YANG TERBAIK UNTUK UMP.

PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HEPA MELABUHKAN TIRAI

Pertandingan Pidato dan Forum Kemerdekaan Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akhirnya melabuhkan tirai. Pertandingan yang julung kalinya diadakan di UMP serta julung kali juga di anjurkan oleh Kelab Orator UMP ini merupakan salah satu acara yang telah diatur oleh kelab bagi mengenengahkan bakat-bakat baru dalam bidang yang sangat mencabar ini.

Pada malam tersebut, Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Jalil bin Borham, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis penutup pertandingan tersebut. Dalam ucapan perasmian penutup tersebut, beliau amat menggalakan pertandingan atau program seperti itu diteruskan agar dapat melahirkan jurutera yang peka berkaitan isu semasa dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Tambah beliau bakat-bakat yang ada perlu terus diasah dan perlu ditambah dengan perencah-perencah lain agar bakat tersebut terus teserlah.

Majlis pada malam tersebut bertambah menarik apabila diselang selikan dengan iklan-iklan kemerdekaan yang pernah disiarkan di television. Kumpulan Koir UMP juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan pada malam tersebut. Kumpulan tersebut telah menyanyikan enam buah lagu antaranya ialah Tanggal 31 Ogos, Warisan dan Cemerlang Gemilang Terbilang. Terima kasih dan sekalung penghargaan buat Kumpulan Koir UMP.

Akhirnya setelah selesai semua acara-acara yang dirancang, tiba untuk mengumumkan pemenang pertandingan ini bagi edisi pertama. Senarai berikut merupakan pemenang-pemenang bagi setiap kategori.

Forum

Kedudukan

Nama Pasukan

Ahli

Johan

UMUM 2

Pengerusi :

Nurrahma Hj. Romainor

Ahli Panel :

Mohd Adam bin Salam

Nurul Asyikin bt Mohamad LAdzem

Wan Zunina bt Wan Mohamad

Kedudukan

Nama Pasukan

Ahli

Naib Johan

Kelab Intelligentsia

Muhammad Ilyas Mohd Junaidi

Akmal Hakim Muhd Shaam

Nur Adila Mohamad Hafizin

Siti Maimunah Nikmat Leong

Ketiga

Umum 1

Mohd Hafizul bin Mat Rahim

Nadiah binti Zainuldin

Mohd. Khairi bin Kamarudin

Mohd Khairul Najmie bin Mohd Nor

Pengerusi Terbaik

Umum 2

Nurrahma Hj. Romainor

Ahli Panel Terbaik

Umum 2

Mohd Adam bin Salam

Pidato (Bahasa Melayu)

Kedudukan

Persatuan

Pemenang

Johan

PETAKOM

Mohd Hafizul bin Mat Rahim

Naib Johan

EEES

Mohd Adam bin Salam

Ketiga

MECHAPRO

Nina Nadia bt Sahim

Keempat

CHEST

Shrithar A/L Gengatharan

Kelima

CHEST

Ahmad Fakhruddin B Ahmad Faudzi

Pidato (Bahasa Inggeris)

Kedudukan

Persatuan

Pemenang

Johan

CHEST

Winson Sia Shen Loong

Naib Johan

CHEST

Ong Hang Chuan

Ketiga

PERKASA

Lee Jin Yeow

SEMAKIN HAMPIR

Pertandingan Pidato & Forum Kemerdekaan Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni 2008 semakin hampir. Jika dibilang hari, tinggal tidak kurang lima hari sahaja lagi sebelum pertandingan akan dijalankan.

Buat masa ini semua jawatankuasa sibuk untuk menyelesaikan tugas-tugas terakhir mereka agar perjalanan program akan dapat berjalan dengan lancar.

Pada malam ini, saat dan ketika ini, Jawatankuasa Penyelaras Program (Saudara Najmie dan Saudara Effendy) sedang mengadakan ‘mock’ bagi pertandingan Pidato dan Forum tersebut. Tujuan ‘mock’ ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pidato dan forum ini.

Dengan ini diharapkan pertandingan yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Orator UMP ini dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaALLAH.

PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Buat julung kalinya Kelab Orator UMP akan mengadakan PERTANDINGAN PIDATO & FORUM KEMERDEKAAN PIALA DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 2008 bagi mencungkil bakat mahasiswa UMP dalam bidang pidato dan forum. Pertandingan ini juga bakal melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuantan. Berikut adalah butiran mengenai pertandingan tersebut ;

Tarikh : 8 & 9 Ogos 2008 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang

Tempat : Blok W


Majlis penutup pula akan diadakan pada ;


Tarikh : 9 Ogos 2008

Masa : 2.00 petang

Tempat : Astaka


Untuk pengetahuan semua, terdapat enam kategori yang akan dipertandingkan. Kategori-kategorinya adalah seperti berikut ;

1. Pidato Bahasa Melayu Mahasiswa UMP

2. Pidato Bahasa Melayu Pelajar Sekolah

3. Pidato Bahasa Inggeris Mahasiswa UMP

4. Pidato Bahasa Inggeris Pelajar Sekolah

5. Forum Bahasa Melayu Mahasiswa UMP

6. Forum Bahasa Melayu Pelajar Sekolah

Setiap kelab dan persatuan diwajibkan untuk menghantar wakil bagi setiap kategori mahasiswa UMP. Surat-surat jemputan telah diedarkan kepada wakil-wakil kelab dan persatuan.

Bagi kelab yang masih belum menerima surat jemputan, bolehlah berhubung dengan saudara Mhd Jumain Mapplati (017-6171732) atau saudari Masita Md Shah (013-9411160) sama ada melalui telefon ataupun memo. Penyertaan daripada mahasiswa yang tidak mewakili mana-mana kelab dan persatuan juga boleh di daftarkan terus sebagai peserta umum.

Tajuk bagi pertandingan pidato akan dikeluarkan dalam masa terdekat manakala bagi kategori forum tajuk adalah bebas namun mestilah bertemakan kemerdekaan. Penyertaan akan ditutup pada 1 Ogos 2008.

Bagi mereka yang kurang berpengalaman tapi berminat, satu demonstrasi pidato dan forum akan diadakan seminggu sebelum pertandingan.

Akhir kata, marilah kita menaikkan nama kelab dan persatuan masing-masing dan mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri kita semua. Segala kerjasama daripada anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam.

PROACTIVE, PERSISTANCE, PERSEVERE


Masita Md Shah

Pengarah Program

Pertandingan Pidato & Forum Piala Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Kelab Orator UMP

Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni Intervarsiti 2008 (PENITI V 2008)

Berikut merupakan tajuk bagi PENITI V yang akan diadakan di UPM pada 16 Februari 2008.

Senarai tajuk:

1. PBB BONEKA AMERIKA SYARIKAT
2. KEEGOAN BARAT PUNCA DUNIA KUCAR-KACIR
3. MANGSA BENCANA ALAM : KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN
4. KUASA VETO MENGGUGAT KEAMANAN SEJAGAT
5. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) : CABARAN MASA HADAPAN
6. MASYARAKAT BERILMU MENJANA KEPEMIMPINAN UNGGUL
7. KEPINCANGAN KEPIMPINAN GLOBAL MERAGUT KEHARMONIAN DUNIA
8. INTEGRITI ASAS KEPEMIMPINAN SEJAGAT
9. ISLAM HADHARI PEMANGKIN KEMAKMURAN MALAYSIA
10. MODAL INSAN PEMANGKIN KEPIMPINAN NEGARA
11. PERANAN WANITA DALAM MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI
12. MALAYSIA PERLU JADI WIRA DUNIA
13. KEPINCANGAN NILAI MASYARAKAT GLOBAL : MALAYSIA PERLU PERKASA
14. GLOBALISASI SEBAGAI SATU BENTUK PENJAJAHAN BARU
15. KE ARAH PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
16. GLOBALISASI DAN LIBERALISASI : CABARAN DAN HARAPAN
17. PENDEKATAN KOMUNIKASI DALAM MASYARAKAT MAJMUK
18. ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA : APA PERANAN RAKYAT?
19. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN : KE ARAH PENDIDIKAN BERTARAF GLOBAL
20. MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA
21. PENTINGNYA NILAI JATI DIRI DAN KESEDARAN SIVIK KE ARAH MALAYSIA MAJU 2020
22. PERLEMBAGAAN DAN AMALAN DEMOKRASI ASAS KEMAKMURAN NEGARA
23. WAWASAN 2020 : MALAYSIA NEGARA MAJU
24. RANCANGAN MALAYSIA KE-9 ( RMK-9 ) : STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN
25. NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
26. PERANAN APEC DALAM MEMARTABATKAN EKONOMI NEGARA ANGGOTA 27. KENAIKAN HARGA BARANG : ISU YANG TIDAK BERKESUDAHAN
28. PENGARUH ASEAN DALAM MENYELESAIKAN ISU MYANMAR
29. KEMELESETAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT PETUNJUK KEGAWATAN EKONOMI DUNIA
30. CHINA SEBAGAI KUASA EKONOMI DUNIA
31. PEMIMPIN KITA DI MATA DUNIA
32. PERANAN OPEC DALAM MENANGANI ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA
33. PERANAN PEMIMPIN DALAM MENANGANI ISU PEMANASAN GLOBAL
34. RAKYAT BERSATU PEMIMPIN BERMUTU

Maklumat lanjut boleh melayari http://k5.upm.edu.my/event/peniti/

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals