Showing posts with label Debat NC. Show all posts
Showing posts with label Debat NC. Show all posts

Pengumuman Usul Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2010


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua pelajar UMP, Kelab Orator UMP akan menganjurkan Pertandingan Debat Naib Canselor 2010 yang akan di pada 30 & 31 july 2010 dan 1 Ogos 2010.

Oleh itu, pihak kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada semua pelajar UMP terutamanya wakil dari Persatuan dan Kelab yang ada di UMP bagi memeriahkan lagi Pertandingan Debat NC 2010.

Surat dan borang penyertaan telah pun di berikan kepada semua wakil Persatuan dan Kelab ketika Hari Terbuka Kelab & Persatuan pada 24 july yang lepas.

Kepada yang berminat bolehlah menghantar borang penyertaan kepada Mohd.Adam Bin Salam (013-9955934) untuk kategori BM dan saudari Marissa Norfis (013-7904839) untuk kategori BI.

Hadiah untuk Johan Debat NC 2010 kali ini telah di naikkan kepada RM500 bagi kedua-dua kategori.

berikut merupakan Usul untuk Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2010:


USUL PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2010


PUSINGAN 1: ISA PERLU DIPERTAHANKAN DEMI KESTABILAN NEGARA

PUSINGAN 2: LATIHAN INDUSTRI (LI) PERTENGAHAN SEMESTER MENGUNTUNGKAN MAHASISWA

PUSINGAN 3: PERTANDINGAN RATU CANTIK: EKPLOITASI TERHADAP WANITA

PUSINGAN 4: PEMANSUHAN UPSR DAN PMR WAJAR DITERUSKAN


PUSINGAN SUKU AKHIR:

1. ISU FINAS: INDUSTRI HIBURAN MENGECIL

2. 1 MALAYSIA ASAS PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM

3. ISU CURI PASIR SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH


PUSINGAN SEPARUH AKHIR:

1. MODEL BARU EKONOMI PEMACU KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

2. AKTA LOMPAT PARTI WAJAR DIWUJUDKAN

3. PENGANJURAN PIALA DUNIA: MALAYSIA JAUH PANGGANG DARI API


USUL PUSINGAN AKHIR AKAN DI BERITAHU SELEPAS SEPARUH AKHIR 1 OGOS 2010.


Kerjasama daripada semua pihak amat di alu-alukan.

sekian, terima kasih


WHO SAYS ENGINEERS CAN'T DEBATE

Proactive,Persistant,Persevere

debat NC 2009: AJK yang gigih

Assalamualaikum & salam sejahtera...
di sebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada AJK DEBAT NC 2009, maka dengan berbesar hati, pihak orator UMP menyediakan entri khas ini sebagai penghargaan untuk semua AJK DEBAT NC 2009....











terima kasih daun keladi daripada club orator UMP...jasa anda akan di kenang buat selamanya...semoga dapat berjumpa lagi pada DEBAT NC 2010....

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals