NC 09 menjelma!!

Edisi Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 09 kini sedang bermula. Untuk kali ini Kelab Orator tampil dengan tema INTEGRITI yang mencakupi pelbagai aspek seperti sukan, hiburan, mahasiswa, kakitangan awam, keluarga dan sebagainya. Debat Naib Canselor 09 ini bakal menjadi medan untuk kita melihat persaingan di antara kelab dan persatuan di UMP terutamanya dalam merebut Piala Naib Canselor yang menjadi milik UMP-IEM pada tahun lepas.

Tahun

Johan

Naib Johan

2004

UMUM

CHEST

2005

CHEST

EEES

2006

UMUM

CHEST

2007

UMUM 1

UMUM 2

2008

UMP-IEM

ORATOR

2009

?

?

Butiran Debat Piala NC 09

Saringan

Tarikh : 14-15 Februari 2009

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Blok W

Majlis Penutup & Pertandingan Akhir

Tarikh : 15 Februari 2009

Masa : 8.00 malam

Tempat : Astaka

Semua warga UMP dijemput untuk menyaksikan saringan(Blok W) dan Pertandingan Akhir(Astaka) sekaligus menyokong Kelab dan Persatuan anda. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudari Nadiah Zainuldin, Pengarah Program NC 09 di nombor 012-3393712.

0 comments:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals